Islamic Widget
pengikut peneroka
Sunday, August 28, 2011
bakal berlalu dan ku tunggu kepulanganmu..
salam ukhuwah.. bagaimana iman anda.. moga2 terus mekar dan subur pada bulan ramadhan kareemm ini..
berlalulah sudah ramadhan sebulan berpuasa,
tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira,
anak muda dirantauan semuanya pulang ke desa,
ibu dan ayah keriangan bersyukur x terkira.
kuih dan muih beraneka macam makanlah jangan hanya dipandang,
ketupat rendang sila nikmati kawan penat memasak malam ke pagi,
kuih dan dodol jangan dilupakan duit raya lupa nak dibeli.
kali nie start dengan lagu raya namun perasaan sebenar lain daripada yang dibayangkan.. pastinya kita berasa seronok pabila raya hampir tiba namun sekarang aku sedar aku semakin dewasa dan semakin sedar akan siapakah aku dan apakah tugas aku.. kalu dulu masih ingat coretan kenangan terukir di saat aku masih kecil. pastinya kalu kecil dahulu sehari belum raya mesti peluk x lepas2 baju raya, selipar raya dan songkok raya sampai tertidur.. hehehe.. pabila raya pasti mata kehijau-hijauan dengan harapan mencari duit raya.. dengan muka yang penuh harapan dan kesian sambil bersalaman dengan orang tua pasti dapat duit.. hehe.. itu dahulu, di saat aku masih lagi tidak mengenal erti aidilfitri, di saat masih pernah mengerti makna ramadhan yang aku tempuhi selama sebulan.. namun, hari ini aku sebak pabila ramadhan ingin meninggalkan aku kerana hati aku penuh dengan rasa takut..
di saat kita menempuh ramadhan pastinya perasaan penuh kebahagiaan yang ku rasai. seperti kata-kata seorang ustaz di kolej aku, ramadhan merupakan stu bulan fenomena kerana kita mampu melakukan sesurau keajaiban dan tidak pada bulan2 yang lain.. penuh dengan segala keberkatan.. aku melangkah ramadhan dengan matlamat dan penuh keyakinan untuk mendidik nafsu dan memperbaiki diri.. Alhamdulillah, berlayarnya hidup aku dalam ramadhan penuh dengan erti keberkatan dan kenikmatan.. terasa dekatnya dan tenangnya bila qiam.. terasa ibadat sunat itu satu kemudahan daripada bebanan dan lidahku terasa ringan untuk membaca al-quran dan berzikir.. adakah ini satu fenomena..aku takut ya Allah jika aku tidak mampu merasai semua ini di bulan yang lain.. ramadhan membawa seribu erti padaku..aku takut berakhirnya ramadhan didikan nafsu yang diikat terputus.. Aku takut ya Allah.. aku masih lagi hamba yang lemah dan hina.. perlukan petunjukmu.. moga-moga mampu istiqamah dalam setiap amalanku selepas ramadhan..
sahabat-sahabat,.. jika anda perasaan di bulan ramadhan kita berjaya melakukan terawikh sekurag-kurang 8 rakaat iaitu ibadat sunnah, mengapa di bulan lain kita susah untuk melakukan ibadat sunat.. kerana lihatlah hati anda.. jika hati anda ikhlas dalam beribadat kerana Allah seperti bulan ramadhan pasti terasa ringan amalan yang ingin dilakukan,.. didiklah hati dan nafsu anda dan kita semua agar sama2 ikhlas dalam amalan kita agar diterima Allah dan diberi keberkatan dari Allah..
Aidilfitri merupakan hari umat islam bergembira kerana berjaya dalam memerangi hawa nafsu selama sebulan.. gembiranya dengan mengadakan yang terbaik untuk raya.. satu persoalan.. adakah kita berjaya dalam perang menentang nafsu? bagaimana nafsu mata kita, telinga kita, mulut kita dan hati kita.. adakah berjaya dididik.. mungkin makan dan minum kita berjaya tapi bagaimanakah yang lain.. adakah kita berpuasa hanya sekadar berpuasa tanpa melihat keberkatan di sebaliknya.. aku takut dan segan pada Allah, di saat kita gembira meraikan aidilfitri, aku takut amalan aku di bulan ramadhan tidak diterima angkara lalainya aku dalam mendidik nafsu.. dan aku takut nafsu yang dirantai pada ramadhan akan terbuka pada aidilfitri.. makanan yang disediakan dimakan sampai lupa segalanya, bergelak ketawa sampaikan sudah lupa hala tuju dan bergembira sampai melupakan Allah.. aku takut semua ini ya Allah..
dalam mencari redhaMu, hati ini bertatih mengharapkan kasihMu walaupun hanya dengan amalan yang sedikit.. aku sedar namun aku mengharapkan petunjukMu ya Allah.. ya Allah, tunjukkanlah kami jalan ya Allah, tunjukkanlah kami jalan, tunjukkanlah kami jalan.. jalan yang engkau redhai dan bukan jalan orang-orang yang sesat lagi lalai ya Allah... diriku terasa keindahan dengan ramadhan. sekiranya ini ramadhan terakhir bagiku, aku takut menghadapinya.. aku akan sentiasa rindu padaMu.. menunggu kepulanganMu tahun depan insyaAllah...
kesempatan ini, ingin menucapkan salam aidilfitri buat affan aufa dan sekeluarga dari keluarga pada pembaca sekalian. maaf zahir dan batin dari hujung rambut sampai hujung jari kaki ibu jika ada salah dan silap terutama kepada sahabat ketika berukhuwah, guru-guru di hati dan mereka yang mengenali diri.. moga kita semua sentiasa di bawah redha Allah.. insyaAllah.. amin..
salam ukhuwah.. ^^
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment