salam ukhuwah fillah... apa khabar iman di dada anda. dengan keberkatan dan keadaan berada bulan yang penuh barakah ini, moga-moga nikmat iman terus dikecapi..
Bulan Ramadhan menjelang tiba
Musim beribadah untuk kita
Di siang harinya wajib berpuasa
Sembahyang Tarawikh dimalamnya pula
Kebaikan dibuat pahala berganda
Mendapat rahmat diampun dosa
Isilah Ramadhan dengan jiwa raga
Buatlah kebaikan sebanyak-banyaknya
Tambahkanlah ibadah daripada biasa
Tanda menghormati bulan puasa
Ia datang setahun sekali sahaja
Peluang keemasan jangan disia-sia.
Pada bulan ini Quran hendaklah dibaca
Tatapi dan fahami akan kehendaknya
Jadikanlah ia panduan hidup kita
Kita akan selamat aman dan sejahtera
Banyakkanlah zikir, tasbih dan selawat
Agar hati kita hidup bercahaya
Kalau jiwa buta akal tajam tak berguna
Kerna Iman dan keyakinan di dalam jiwa
Hindarkanlah diri dari perkara yang sia-sia
Kerna ia melalaikan dan membunuh jiwa
Pahala yang ada habis dirosakkannya
Puasa dan ibadah menjadi sia-sia
sudah hampir pertengahan Ramadhan kita tempuhi, pelbagai coretan yang mampu dinukilkan kerana ia penuh bermakna. Namun, ayuh mengimbas kembali, sepanjang kita laalui bulan yang penuh dengan kemuliaan dan keindahan ini, bagaimanakah setiap detik itu berlalu... adakah yang sepatutnya.. kali ini, post untuk sama-sama bermuhasabah diri bersama untuk mencari di manakah kita dalam usaha mencari redha Allah terutama pada bulan Ramadhan Al-mubarak ini... tertarik dengan satu hadis..
Di dalam sebuah hadith riwayat Imam Ahmad, ada diceritakan tentang perbuatan Rasulullah SAW yang sedang menaiki mimbar, lalu Baginda SAW menyebut “amin” sebanyak 3 kali. Selesai memberi khutbah, para sahabat bertanya kenapa tadi disebut “amin” sebanyak 3 kali? Rasulullah SAW menjawab bahawa Jibril datang ketika itu dan berdo’a bahawa sangat kecewa dan rugilah bagi orang yang apabila disebut nama Muhammmad, tidak dibaca selawat ke atasnya, orang yang sempat hidup bersama orang tuanya, tetapi tidak dapat masuk syurga, dan orang yang sempat hidup di dalam bulan Ramadhan, tetapi tidak terampun dosa-dosanya...
nauzubillah, moga kita tidak termasuk dalam golongan ketiga itu.. betapa malangnya diri ini sekiranya tak mampu berbuat apa-apa dalam bulan ramadhan ini.. sahabat-sahabt.. sekiranya ini ramadhan terakhir kita, apakah kita gembira dengan keadaan kita sekarang, adakah kita merasakan amalan kita sudah cukup sepanjang bulan ramadhan ini dan adakah kita layak untuk berhari raya dengan apa yang kita lakukan sepanjang bulan ramadhan ini.. ingin mengulas bait-bait kata ustaz2 yang sempat dihadiri ceramah dan tazkirah mereka. kita, insan yang pasti menemui ramadhan setiap tahun. di sinilah kita dipertemukan Allah dengan ganjaran yang hebat dan besar2... maka, ramadhan itu bukanlah kita bermegah mampu menahan lapar dan dahaga pada kita tapi biarlah mampu memberi makna pada kehidupan kita.. inilah medan untuk kita mendidik nafsu kita. nafsu yang saban hari kita berikan segalanya kepada mereka.. maka, jalan sudah terbuka untuk kita mendidik nafsu kit.. bukannya pada bulan ini kita masih menjadi hamba nafsu.. makanan berbuka penuh dengan nafsu, nafsu mengucapkan kata-kata yang x sepatutnya, nafsu perbuatan kita dan nafsu kita menongkah kehidupan ini... inilah medannya, nafsu itu ibarat seorang budak kecil yang menyusu.. jika kita biarkan dia menyusu sambil bila-bila dia akan menyusu dan minta untuk menyusu.. jika kita didik supaya berhenti menyusu, pada awalnya susah namun pasti akhirnya mampu didik. begitulah dalam mendidik nafsu, hendaklah dengan sedikit paksaan pada awalnya agar mampu dibentuk sebaik-baiknya.. dan dengan bulan inilah kita bermula tapak untuk mendidik nafsu ini..
Ramadhan, kita dijaga untuk menahan lapar dan dahaga dan bulan ini merupakan satu bulan dengan penuh kejutan.. jika lihat rakan-rakan kita berlumba-lumba untuk membaca quran, menunaikan ibadat sunat dan sebagainya... mengapa kita ada kekuatan untuk melakukan semua itu.. kerana kita tahu akan ganjaran bulan ramadhan, dan kita dan setkan minda kita supaya melakukan semaksima amalan supaya kita mampu menjadi hamba kepada Allah untuk meraih kerahmatan, keampunan dan kebebasan dari api neraka dan bukannya menjadi hamba nafsu.. sungguh hebat keajaiban bulan ramadhan.. namun,mengapa hanya di bulan ramadhan..mengapa kita x mampu istiqamah pada bulan-bulan lain.. mengapa? ini kerana semuanya pada hati dan bagaimana anda mengawal hati anda.. adakah hati anda benar-benar ikhlas untuk beribadat dan mencari keredhaan sebenar-benarnya pada bulan lain serta meletakkan satu target mind set untuk mempertingkatkan amalan sebanyak mana yang boleh.. adakah anda mampu mengawal nafsu anda, nafsu hiburan, nafsu makan, nafsu perbuatan dan sebagainya.. jawapannya ada pada anda.. tidak bukan.. segalanya terbukti dengan apa yang kita lakukan... oleh itu sahabt-sahabt, diri ini mengajak anda semua ayuh sama-sama mengubah diri dan jadikan ramadhan kali ini sebagai platform yang terbaik untuk kita berubah menjadi hamba yang terbaik dan mengisi ruang keidupan ini sebaiknya... ayuh, kalau boleh, istiqamahkanlah ibadat yang kita lakukan ini supaya kita menjadi hamba yang soleh dan solehah bukan sahaja pada bulan ramdadhan tapi juga bulan lain-lain..
jom menilai tahap kehambaan diri kita.. sudah separuh ramadhan berlalu.. bagaimanakah ramadhan kita.. ayuh, lihat beberapa amalan kita agar mampu menjadi kayu ukur bagaimana kita mengimarahkan ramadhan dan sejauh manakah rindunya ramadhan dalam diri kita..`bagaimanakah dengan solat malam kita, solat terawih, solat witir, sahur kita, solat 5 waktu berjemaah, al-mathurat, solat dhuha, amalan berzikir, amal jariah seperti sedekah, bacaan quran kita, doa kita,dan amalan-amalan sunat yang lain.. adakah seperti apa yang kita target dan mampu laksanakan... ayuh mengambil seminit untuk mengenang kembali amalan kita.. mudah-mudahan mampu memperbaiki diri untuk menempuhi separuh lagi fasa dalam ramadhan agar mampu menjadi hamba yang lebih baik dan mengisi dengan perkara yang sepatutnya..moga-moga sahabat-sahabat dah lebih separuh quran dibaca insyaAllah.. moga bulan ini kita mampu khatam.. 10 hari pertama ramadhan yang menawarkan kerahmatan telah berlalu, sekarang merupakan fasa 10 hari di pertengahan yang menawaran keampunan.. melihat segala kesalahan dan dosa-dosa yang kita lakukan ini.. sungguh banyak untuk dihitung dan takutnya dengan azab Allah di kubur dan di neraka.. oleh itu, para sahabat.. ayuh rebut peluang ini untuk sama-sama mencari keampunan dari Allah sepanjang 10 hari di pertengahan ini.. perbanyakkan doa keampunan, solat sunat taubat dan berzikir.. insyaAllah, mudah-mudahan Allah mendengar rintihan kita dan mengampunkan dosa kita..
"Ya Allah, kami haambamu yang lemah ya Allah, kau bantulah dan bimbinglah kami dalam mengharungi jiwa keremajaan yang penuh dengan cobaan dan cabaran ini. kami memohon hidayat dan rahmatmu ya Allah agar mampu kami berdiri di muka bumiMu Allah. Kau terimalah segala amalan kami dan berilah keberkatan dan keredhaan dalam setiap yang kami lakukan. hanya ikhlas kepadaMu Ya Allah"
salam ukhuwah dan selamat membaca.
No comments:
Post a Comment