Islamic Widget

pengikut peneroka

Wednesday, August 3, 2011

Mengapa berat hati untuk berbudi?

salam ukhuwah fillah dan salam ramadhan al mubarak.. apa khabar iman anda hari ini... moga2 sihat bersama keberkatan ramadhan..

Bermula dari alam rohani
Kita berjanji pada Ilahi
Hidup didunia sebagai hamba
Menyembah Tuhan buat bekalan hari kemudian

Biarpun dalam beronak duri
Cobaan Tuhan silih berganti
Kerana iman tetap dihati
Demi akhirat betapa berat ditempuh jua

Telah menjadi resam dunia
Akan beruntung siapa yang leka
Iman termahal paling berharga
Perlu berkorban mendapatkannya

Miskin dan kaya bukan ukuran
Iman dan taqwa nilaian Tuhan
Ganjaran syurga sedia menanti
Hidup disana kekal abadi

Kepada Tuhan panjatkan doa
Petunjuk jalan pada yang Esa
Moga dipimpin dipelihara
Dunia akhirat bakal mendapat nikmat barakah




cebisan lirik lagu untuk dihayati bersama.. ramai kawan2 bertanya mengapa minat nasyid sgt.. kerana, lirik nasyid mampu memberi panduan kehidupan sebenarnya.. masih yang utama quran dan as sunnah dalam memberi panduan namun lirik lagu nasyid menyedarkan kita secara tidak langsung.. tidak kisahlah mulut kwn2 berkata affan bernasyid nak femes ke, perasan suara sedap ke atau berlagak hebat ke.. yang penting aku tahu matlamat mengapa aku bernasyid kerana ingin menyampaikan sesuatu kepada diri yang lemah ini dan rakan-rakan di sekeliling agar kita sentiasa diperingati selalu.. lirik ini menggambarkan bagaimana sebenarnya kita berjanji pada Allah untuk menjadi hambanya di alam roh, namun, godaan dunia sentiasa meningkam kita.. ayuh, kembali terasa kehambaan pada Allah.. kali ini, ingin menyentuh satu perkara mengenai satu amalan yang mana termasuk dalam 3 amalan yang akan kekal dengan kita bila kita mati iaitu amal soleh berdasarkan hadis nabi..

pagi yang indah, bulan puasa yang penuh ketenangan, hari ini kelas bermula lambat, berjalan-jalan di taman permainan melihat pokok yang menghijau smbil mencari-cari ketenagan, kebahagiaan dan keindahan ciptaan Allah. melihat budak2 sekolah rendah masuk dalam sekolah untuk belajar dan ada antara kawan2 aku yang bersedia untuk ke INTEC. terduduk di satu ruang yang penuh kedamaian. tiba-tiba mata dan hatiku ditarik ke arah sesuatu. kagum aku melihatnya dan hanya senyuman mampu terukir. melihat seorang lelaki berjalan-jalan di sekitar taman sambil mengambil tin2 air yang dibuang. satu persatu diambilnya, ada yang dah kemek dan ada yang masih ok. mungkin niatnya untuk mencari rezeki namun aku melihat pada budinya dan amalannya. terfikir aku sejenak, lebih hebat kiranya lelaki ini berbanding mereka yang sudah berjaya. dirinya dipandang pelik oleh setengah orang tapi bukankah budinya untuk mengutip kotoran demi menjaga kebersihan itu besar. kita, dipilih oleh Allah, mempunyai akal dan bijaksana, diberi nikmat yang secukupnya dan kasih sayang segala-galanya, masih berat untuk menggerakkan tangan, kaki dan badan kita berbudi pada seseorang. mungkin pada kita, satu hari nanti aku akan menjadi doktor, budiku amat besar, tapi bagaimana jika tidak sempat menjadi doktor, kita sudah dijemput. apakah amalan ikhlas yang kita lakuakan untuk dibwa di sana. lelaki tadi hanya biasa namun naluri dan keikhlasan hatinya lebih besar dari kita.. aku menyapa dia dengan senyuman bersama dalam doa agar dia mampu mencapai kebahagiaan dan keredhaan Allah. moga dirinya diberkati dan dikurniakan rahmat dan nikmat oleh Allah.. terima kasih pak cik mengajar ku sesuatu..


kumpulan yang bersama-sama.. anda semua hebat... =)

Alhamdulillah sehari sebelum puasa sempat mengikuti program ke rumah anak yatim bersama-sama rakan-rakanku.. terima kasih kerana sudi mengajak. asalnya bercadang nak mengajar english pada mereka tapi x kesampaian kerana ramai di antara mereka yang sudah balik. kami sampai di sana kebanyakan mereka tidur dengan nyenyaknya kerana semalam mereka tidur lambat sebab ad program kata penjaga mereka. jadi plan kami tukar sepenuhnya, bersama-sama membersih rumah, membasuh baju, gosok baju, cabut rumput dan lipat baju.. errr... baju kat bilik di kolej x basuh lagi.. aduh.. segan la plak.. tpi amat best rasanya saat itu, selepas bergotong royong, adik2 semua dah bangun dan mulalah mesra kami bersama mereka. aku sempat mengajak mereka melihat video2 islamik yang ada dalam lappy aku.. Alhamdulillah diorg sgt berminat dan sempat berkongsu sirah2 bersama mereka. hati mereka lembut sebenarnya untuk dikasihi. semakin rapat rasanya aku bersama mereka. kami juga sempat bermain games dengan mereka.. wahai sahabat.. berbudi, membantu dan melakukan amal soleh bukannya seperti mengangkat batu yang berat.. tapi, amat mudah dan ada di mana-mana saja untuk dilakukan.. seperti kata hajah aluyah.. jika sedikit tenaga kita gunakan untuk menyusun selipar di pusat islam, besar budinya.. kan senang dan mudah.. namun semuanya terletak pada hati kita sama ada ingin berbudi atau tidak.. lihatlah bagaimana budi Rasulullah dengan masyarakat di sekelilingnya.. sabar dan penuh dengan kasih sayang sentiasa disemaikan..


khusyuk bercerita mengenai islam dan rupa pun x btol.. jgn lihat pada raut wajah si pencerita.. lihat pada adik2 2... =)

demi meraih cinta Allah, aku sanggup terasa sedikit keletihan dan kepayahan dalam kehidupan ini, demi mencari nur Ilahi, biarlah amalan yang ikhlas menjadi saksi dan demi menjadi hambanMu yang bersyukur, doaku agar aku mampu istiqamah dalam jalanMu..

buat sahabat yang mengenali, ramai yang berkata diri aku ini sibuk dan sebagainya. yes, aku akui dan aku perlukan kesibukan itu, ummiku pernah berkata dan dia mengalami benda yang sama. dengan kesibukan, kita akan lebih tersusun dalam hidup malah masa kita akan terisi dengan sebaiknya. aku takut di saat aku lapang dan kosong, syaitan datang membisik sesuatu ke arah sesuatu yang x elok.. syukran kepada keluargaku di intec, jpkc, psc, alis crew, 11m13 dan sebagainya.. kasih sayang anda ada di sini.. =)



oleh itu, ayuh jadikan ramadhan ini sebagai pencentus dan permulaan untuk kita menyemai rasa berbudi dalam kehidupan kita dan istiqamahlah dalam amalan soleh yang dilakukan... insyaAllah, Allah akan melihat niat dah usaha kita, bukannya result kita.. Allahu Allah...

salam ukhuwah dan selamat membaca...

3 comments:

  1. hope dat u'll be a great doc in future.. btw,ur post is really soothing,. good work daie ! :)

    ReplyDelete
  2. aku baru je dpt baca blog kau time cuti ni. menarik... :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...