Islamic Widget

pengikut peneroka

Wednesday, September 7, 2011

Sebatang Pensel.

salam ukhuwah semua.. apa khabar iman dihati.. moga sentiasa mekar daan subur bersama dengan taqwa kepada Allah.. Alhamdulillah masih diberi tenaga untuk menggerakkan jari jemari yang x seberapa ini dalam blog ini.. tertarik dengan satu artikel pendek dalam artikel solusi yang sesuai untuk dikongsi bersama.. iktibar daripada sebatang pensel. sesungguhnya terasa kerdil diri ini.masih banyak debu hitam yang perlu digilap pada diri ini berbanding wangian kasturi yang bermanfaat untuk para pembaca. namun, ikhlas di hati agar mampu menjadi peringatan bersama, peringatan pada hamba Allah yang lemah ini.



Pernah seorang anak lelaki bertanya kepada ibunya yang sedang menulis.
"Apa ibu sdg tulis? Ibu tulis tentang siapa? Atau, pengalaman ibu?"
"Ibu menulis tentang diri kamu, tapi ada yang lebih penting daripada itu iaitu pensel ini."
"Apa yang istimewa tentang pensel ini?", tanya si anak.
"Ibu berharap hidupmu adalah seperti pensel ini. Walaupun sebatang pensel, ada 5 nilai yang boleh dipelajari daripadanya.Mahu tahu?"
"Ya, Ibu."

Pertama, pensel ini mengingatkan jika kamu boleh buat sesuatu yang hebat dalam hidup ini. Jangan lupa, ibarat pensel, ada tangan yang memegangnya. Maka, ingatlah akan adanya kuasa yang membimbing langkah hidupmu iaitu Allah s.w.t. Dia akan selalu membimbing kita mengikut kehendakNya.

Kedua, ketika menulis, pensil kerap menjadi tumpul. Ibu terpaksa berhenti untuk mengasahnya. Pensel ini pasti menderita ketika diraut, tetapi hasilnya ia menjadi tajam dan bagus tulisannya. Begitu juga akan berlaku dalam hidup kamu. Kamu mesti berani menempuh kesusahan kerana ia menjadi baja atau sebab untuk dirimu menjadi lebih baik.

Ketiga, Pensel ini mungkin menghasilkan tulisan yang salah. Namun, kita boleh memadamkan dan membetulkan tulisan ini semula. Begitulah yang ibu harapkan kepada anak ibu ini, setiasalah memperbaiki kesalahan dalam hidup. Ia bukanlah sesuatu yang hina, kerana dengan memperbaiki kesalahan, kita akan sentiasa berada di jalan yang benar.

Keempat, tahukah anak ibu, mana yang lebih penting; luar atau isi pensel ini? Sudah tentu arang atau karbon di dalamnya. Oleh sebab itu, berhati-hatilah dengan apa yang tidak baik dalam diri kamu itu dan hindarilah.

Kelima, pensel ini selalu meninggalkan tanda atau goresan. Begitu juga kamu, apa sahaja yang kamu buat pasti akan meninggalkan kesannya pada diri kamu atau orang lain. Ibu berharap kamu akan selalu berhati-hati dan bijak dalam bertindak.




hanya sebatang pensel, yang pada kita sebelum ini sesuatu yang biasa, sudah rosak kita buang dan mencari yang baru. namun, disebalik 'biasa' ini ada sesuatu luar biasa untuk peringatan kehidupan kita. lihatlah pensel, sepanjang khidmatnya sentiasa berbakti untuk tuannya, menyuluh terangnya cahaya ketika mencatat ilmu dan sanggup kadang2 diri menjadi mangsa demi penciptanya. begitu jugalah kita, hamba Allah. apakah detik yang berlalu kita melaksanakan tugas kita pada Allah. adakah kita membantu mereka yang disekeliling seperti pensel tadi.. semuanyaa pada hati kita semua. tertarik dengan satu perkataan, "indahnya hidup dengan memberi". maknanya indahnya kehidupan kita jika kita ikhlas memberi dan membantu mereka di sekeliling. begitulah aku ingin mendidik hati ini dalam memberi sesuatu. sekiranya tidak mampu dengan harta dan fizikal sekurang-kurang mampu membantu dalam kehidupan sesseorang, hala tujunya, akhlaknya dan pelajarannya kerana aku ingin menyuburkan hati-hati di sekeliling. sedikit perkongsiaan kisah sebatang pensel dan iktibar untuk tatapan bersama. sesungguhnya jika kita ikhlas melaksanakan sesuatu di jalan Allah pasti Allah akan bantu kita.

"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya."
(surah al-ankabuut ayat 69)




kejarlah apa yang berguna untukmu, minta bantuan daripada Allah dan jangan lemah. Apabila ditimpa sesuatu, maka janganlah engkau berkata:"kalau begini, nescaya tidak akan begitu." akan tetapi katakanlah:'ini takdir Allah, Allah sebaik perancang untuk hambanya'.

salam ukhuwah dan selamat membaca.

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...