Islamic Widget

pengikut peneroka

Friday, October 21, 2011

kembalilah jiwa yang tenang.

salam ukhuwah sahabat.. bagaimana iman anda hari ini.. moga2 terus mekar hendaknya.. hari ini, entah kenapa air mataku mengalir mengenangkan diri.. mungkin sebab x mampu untuk menjadi mukmin yang terbaik agar mampu dilihat islam itu hebat.. segalanya diterima kerana Allah sebaik perancang. post kali ini khusus pada sahabat2 yang ana kasihi dalam meneruskan layar di kolej bersama hati ini.. Allah, sungguh berat rasanya memujuk hati.. namun, Alhamdulillah.. cahaya itu pasti hadir.. Allah..

berkongsi 2 kisah untuk hayatan bersama.
kisah 1 : dahulu, ada seorang pemuda yang berasal dari keluarga yang kaya. siapa tidak kenal akan salman al-farisi.. pejuang islam yang hebat mengibarkan syiar islam. suatu hari dia melalui gereja kemudian terbaca satu kisah dalam khutbah di gereja mengenai rasul terakhir. dalam hatinya ingin sekali untuk mencari rasul kerana diceritakan peribadinya cukup indah. sampailah suatu ketika dia mengupah satu kumpulan pedagang ke mekah untuk membawanya bersama-sama ke sana agar diberi peluang berjumpa dengan rasulullah. dinar emas diberi dan bermulalah perjalanan salman al-farisi.. namun, kasihan beliau kerana telah ditipu oleh pedagang itu lalu dijual oleh pedagang dan menjadi hamba. dahulunya hidup ada segalanya namun sekarang menjadi hamba. apabila dia menjadi hamba kepada seorang yahudi, suatu hari dia mendengar berita kedatangan nabi di tempatnya dan dia sewaktu itu sedang memanjat pokok kurma. lantas, turunlah beliau kerana rasa amat gembira. melihat perbuatan ketika itu, tuannya datang dan memukul beliau kerana menganggap beliau kurang ajar.. dipendekkan cerita akhirnya beliau dapat menemui rasulullah dan memeluk islam.. akhirnya selepas diseksa tuannya, beliau dibebaskan hasil usaha nabi Muhammad S.A.W dan berjuang demi islam.. satu yang menjadi sejarah indah islam ialah apabila cadangan dia menggali parit sewaktu perang khandak menyebabkan umat islam menang besar dalam perang itu walaupun jumlah tentera islam sedikit.. subhanallah. jiwa seorang yang pernah menjadi hamba demi islam.. hatinya ikhlas dengan pelbagai dugaan demi satu matlamat yang ikhlas.. kerana pastinya perancangan Allah terbaik..



kisah kedua mengenai pengalaman sendiri.. "Allah, kenapa aku tidak diberi peluang ke sana" mengalir sedikit titisan air mata" ummiku menghampiriku, "sabarlah affan, mungkin Allah ingin menujukkan sesuatu.. segalanya terbaik untuk kita". begitulah tatkala aku mengetahui keputusan jpa yang aku tidak dapat biasiswa ke timur tengah. harapan ku ke sana cukup tinggi, untuk menjejak kaki ke bumi anbiya, pelajari ilmu agama dan memantapkan skill dakwah dan sebagainya.. namun, aku tidak diberi peluang itu.. rasa luluh saat itu.. kemudian, Ummi tersenyum lalu menghampiriku.. "Allah melihat tangisan hambanya yang ikhlas dalam perjuanagan, pastinya suatu hari nanti akan ada yang terbaik untuk kita, Allah menguji kita dengan melambatkan sedikit apa yang terbaik agar melihat kita bersabar dan sejauh mana kita dengan Allah, sabar.. ummi lalui segalanya demi anak-anak sewaktu kamu kecil dan terpaksa sambung belajar dan sebagainya.. cumanya.. percayalah pada Allah". memujuk hati yang penuh harapan sememangnya payah dan akhirnya mampu.. saat aku berada di Intec melanjutkan persediaan ke universiti oversea yang lain.. kita semua digemparkan dengan revolusi mesir.. kawanku di sana ketakutan dengan bunyi bom dan sebagainya.. terdetik hatiku kenapa diri ini tidak dipilih ke sana dahulu dan kenapa kata-kata ummi dahulu. mungkin sahaja aku ke sana aku di antara yang terkena bom dan tidak mampu untuk melihat wajah ummi lagi.. atau mungkin di sana aku masih belum kuat untuk menghadapi segalanya terutama rasa iman di hati.. Alhamdulillah, rasa syukur di sini.. walaupun tidak mampu berada di bumi anbiya sana namun aku mendapat banyak manfaat di sini.. di sinilah aku berada dalam jemaah islam yang cukup aku kagumi dalam perjuangan islam. di sinilah aku merangkak mencari rangka-rangka yang terbaik untuk dibina agar aku mampu menjadi insan yang terbaik, dan di sinilah aku diberi kesempatan utuk bertemu dengan para sahabat yang subhanallah.. ukhuwah yang manis untuk dikenang.. Allah.. Allah sebaik perancang untuk hambanya.. segalanya dirasakan kabur awalnya namun diakhirnya terang menanti.. Allah sebaik perancang..



"Dan janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi(darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman."(Ali-Imran, Ayat 139)


duhai jiwa sahabat sekalian dan hati insan yang menulis dalam keadaan lemah ini.. carilah ketenangan dalam sesuatu kekecewaan agar mampu diubah duka dan payah itu kepada keredhaan Allah.. la tahzan buat semua dan diri ini.. kita dalam satu layar kehidupan.. Allah timpakan ujian agar melihat sejauh manakah kukuhnya kapal layar kita.. maknanya sejauh mana hebatnya iman kita.. jadi bersabarlah dan berusahalah yang terbaik kelak.. mungkin kita gagal kerana usaha kita sikit, ataupun teknik yang salah, atau mungkin jika kerana ujian Allah pada hambanya.. Allah sebaik perancang dan ingatlah perancangan Allah adalah yang terbaik untuk hambanya yang beriman.. nikmat Allah bukannya datang pada masa yang kita inginkan kerana akan datang di saat kita tidak sangka kerana hebatnya Allah merencana kita agar sentiasa ingat padanya saat kita susah atau senang.. ingatlah keredhaan Allah itu bukannya sentiasa jelas di pandangan kita, namun kadang-kadang dia tersembunyi dan diri kitalah yang mencari-cari di manakah sinar cahaya itu.. Allah.. moga diri kita semua mampu tenang agar mampu terus berjuang demi islam, keluarga kita dan diri kita... la tahzan.. ALLAH BERSAMA KITA... Allahuakbar..

kata-kata semangat dari ummi yang menjadi penasihatku... renungan bersama..

harapan seorang ibu pada anaknya bukannya hebat graduate dari oversea ataupun mempunyai kekayaan dan status yang glamour. namun harapannya adalah agar kita sentiasa di jalan yang benar dan mengingati mereka, agar mereka mampu tenang dalam kubur melalui doa anak-anak yang soleh.. :')-insyaAllah ummi-


salam ukhuwah dan selamat membaca khususnya pada teman seperjuangan.. Allahu Allah...

3 comments:

  1. syukran jiddan..insyaAllah..ini hanyalah ujian yg kecil dari Allah..bnyk lg ujian yg kita perlu tempuh dlm menggapai redha Allah dn dlm mnjd doctor mukmin yg hebat..malah..selama ini pun..sedari kecil sudah bnyk nikmat yg kita kecapi..kasih syg ibu bapa..result yg bgs bermula upsr,pmr kemudian spm..malah bg umi sendiri,,nikmat kesembuhan ayah yg Allah berikan amat besar ertinya..jd hanya perlukan sedikit kesabaran utk ujian yg kecil ini..moga kita sama2 mmpu menghadapinya..moga ada sinar dari Allah utk hari2 yg mndtg..amiinn..jgn sesekali patah hati dan putus asa walau proses nya amat susah dan perih..Allah sentiasa bersama..mudah2n insyaAllah..jazakillah shbt....

    ReplyDelete
  2. Kisah Affan sedikit sbyk mcm kisah sy..
    hasrat untuk sambung bljr kat mesir berkecai bila keputusan pemilihan biasiswa YT x memihak pd sy..
    tpi perancangan Allah itu lah yg terbaik..
    sy x dpt ke mesir tpi sy dapat ke russia..
    ada hadiah dari Allah yg menanti sy di sini rupanya..kekecewaan digantikan dengan kesyukuran yg x terhingga sbb di sini lah sy mula sedar erti Islam sbenar dan betapa hebatnya ukhuwah islamiyyah itu sbenarnya..mungkin kerana russia bukanlah ngara Islam dan komuniti Islam di russia itu sendri yg begitu terpencil menjadikan Islam di sini cukup berkilau..
    perancangan Allah untuk hambaNya cukup cantek..
    sy ingt lg waktu affan hubungi sy dlm keadaan sedih dulu..sy yakin sbenarnya Allah sbenarnya mengaturkan sesuatu yg lebih baik dan lebih indah untuk affan..dan alhamdulillah..affan berjaya lalui semua tu..
    siapalah kita untuk hidup tanpa rahmatnya kan..
    bersyukur dan sentiasa berbaik sangka pda Allah sbb Dia maha mengetahui keadaan hambaNya.

    smoga terus istiqamah ye akhi..

    ReplyDelete
  3. la tahzan affan aufa.
    nama anda membawa maksud yg agak berat saya kira,
    pendaki keikhlasan. boleh jadi ALLAH hendak sesuaikan nama dengan ujian2nya.ujian hidup yg menguji keikhlasan setiap perkara. but don't worry. if its best for u, He will ease it. pray.
    n do believe in the miracle of do'a k. insyaallah2.. :)
    siapalah kita ini untuk menidakkan rancangannya. WA.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...