Minggu ini bermulalah cuti sem yang panjang dan perancangan yang panjang agar masa diguna sebaiknya. Minggu yang dipenuhi jemputan kahwin, termasuklah 2 orang sepupu sendiri di belakang rumah. Dapatlah jugak perasaan menjadi seorang pengapit.. hehehe.. berpeluh bila sesi fotografi.. subhanallah, masih kekok lagi diri. Hati ini tertarik apabila melihat mahliga-mahligai mereka yang dibina. Penuh dengan gilangnya sebhanallah, namun apakah matlamat sebenarnya sebuah mahligai. Urmm.. menarik.. Entry kali ini ingin sekali mengupaskan sesuatu yang kebanyakan dari kita beranggap bahawa kita belum lagi ke tahap ini, namun dirasakan sesuatu yang perlu kerana ia membawa kita kepada matlamat dan apa yang kita mahu, membawa kita kea rah apakah yang kita ingin lakukan dalam layar ini dan membawa kepada kehidupan masa hadapan kita… Allah.. Baitul muslim dakwah..
Pepohon cintaku kian merimbun
Semakin dicantas makin bertunas
Tidak mampu mendustai hatiku
Rasa cinta fitrah manusia
Suatu kisah dalam sebuah cerpen, mengisahkan seorang permata muslimah yang cukup hebatnya jiwanya dalam jihad demi islam dan Allah. Dilamar oleh muslimin yang hebat, lulusan dari mesir yang cukup hebat ilmu agama. Jiwa seorang srikandi ini akhirnya tersentak di saat mahligai ingin dibina, dirasakannya tidak sesuai dengan bakal pemimpinnya itu kerana matlamat mereka berbeza. Pihak lelaki hanya inginkan isterinya sebagai suri rumah di rumah namun muslimah itu ingin melaksanakan tugas dakwahnya walaupun dihimpit kesusahan. Akhirnya dengan berhemah muslimah itu memutuskan perhubungan mereka kerana dia tahu siapakah yang lebih utama dalam hidupnya.. Allah, agamaNya islam dan jalan menjagaNya dakwah.. subhanallah, hati seorang insane yang mana sudah terpaut hatinya pada jalan dakwah dan islam.. amat jelas matlamatnya..
Suatu kisah cinta sahabat baginda. kisah cinta saidina Ali dengan fatimah az-zahrah. pada mulanya sungguh kerdil rasa Ali dengan fatimah. ditolaknya lamaran abu-bakar yang sungguh hebat bersama rasulullah demi islam, kerana sesuatu Allah rencanakan untuk hambanya.. merelakan perasaan cinta pada seorang wanita demi sahabat dan islam.. namun akhirnya mereka bertemu satu titik jodoh yang indah dan menarik.. kisah yang menarik untuk dihayati.. kisah cinta yang penuh pengorbanan kerana tahu apakah matlamat lebih utama... subhanallah.. nak membaca lebih lanjut.. layari link nie.. pernah menukilkannya.. insyaAllah... http://shezzla.blogspot.com/2011/07/indahnya-cinta-mereka.html
Suatu kisah cinta yang agung, melihat bagaimanakah nilai cinta khadijah kepada baginda. Di saat baginda diejek dan dihina, saidatina khadijah jugaklah yang menjadi tiang dalam meneruskan perjalanan dakwah baginda. Sanggup berkorban segala yang dimiliki, hartanya dan segalanya.. subhanallah, sentiasa berada di sis baginda sehingga ke hujung akhirnya.. demi apa.. islam agama Allah.. subhanallah.. jugak lihatlah bagaimana sirah-sirah zaman dahulu.. keluarga yassir yang sanggup mempertahankan islam sampai sanggup menggadaikan nyawa mereka dan lihatlah pejuang2 bendera-bendera Allah dalam meneruskan panji-panji islam di serata dunia. Meniggalkan isteri begitu lama dan isteri pula merelakan pemergiaan suaminya dalam medan jihad.. seperti kisah hanzalah yang cukup terkesan pada hati.. subhanallah… hebatnya diri mereka.. Allahuakbar…
Dengan cinta kenal Pencipta
Dengan cinta kenal RasulNya
Kerana cinta kenal saudara
Bahagia keluarga
Oh indahnya cinta
Erti sebuah perjuangan bukannya terhenti tatkala kita diberi tanggungjawab yang lain, namun hendaklah sentiasa diteruskan agar seiring dengan matlamat kita. Jika benar hati kita ingin berada di jalan Allah, jalan dakwah dan jalan yang sepatutnya, sememangnya perlu kita menegakkan apa juga sekalipun. Namun, sering kali masalah yang timbul pada diri kita adalah diri kita sendiri.. kadang-kadang kita sendiri rasa lemah, kerdil dan tak mampu padahal cantik sungguh ciptaan hamba Allah, diberikan segaalanya dan amat hebat dan kehebatan yang dimiliki bukannya digunakan di tempat yang sepatutnya malah seronok menggunakannya mengharungi keseronokan keduniaan yang hanya sementara. Entry kali ini bukanlah ingin menceritakan tentang ‘kahwin’ yea sebabnya kebanyakan rakan-rakan mesti excited namun mengenai matlamatn sebuah perkahwinan. Perkahwinan yang dibina itu biarlah bukan sekadar baitul muslim dan biarlah dengan baitul muslim dakwah agar sama-sama tugas khalifah mampu dilaksanakan. Tertarik kata-kata ustaz ridha dalam videonya lets get married. “biarlah perkahwinan itu sesuatu yang dapat membantu kita untuk mendapat redha Allah dan syurga Allah”.. sememangnya tanggungjawab yang besar namun biarlah endingnya kita tahu, bersama-sama sebagai satu keluarga di syurga Allah, isteriku ketua bidadariku dan segalanya indah.. Allahuakbar.. ending dan matlamat hendaklah jelas.. bersama-sama mencari redha Allah…
salam ukhuwah dan selamat membaca...
No comments:
Post a Comment