Islamic Widget

pengikut peneroka

Wednesday, November 16, 2011

Merangkak si kecil mencari diri

Salam ukhuwah fillah abadan abada, apa khabar semua. Moga khair sentiasa. Bagaimana iman di hati, moga-moga mekar hendaknya. Alhamdulillah masih diberi nafas untuk menggerakkan tubuh pinjaman daripada Allah ini untuk coretan bersama. Kisah realiti umat islam sekarang. Sememangnya kita dikelilingi dengan kehebatan zaman keduniaan malah adik-adik kecil dilupakan untuk diperingatkan tentang islam dan iman. Allahuakbar.. diberi kesempatan untuk melihat bagaimanakah kehidupan pelajar di selangor setelah menjelajah Kelantan sebelum ini. Mungkin ada sedikit ilmu yang dikongsikan dapat menambah baikkan modul yang sedia ada. Menjadi fasi satu program motivasi merupakan minatku kerana aku cukup gembira bersama dengan hati-hati di sekeliling. Syukran kepada sahabat yang menjemput… suatu kisah….

“abang, kenapa kena ada matlamat dan cita-cita abang, saya ini miskin dan tidak pandai, rasanya tiada cita-cita pun takpe, yang penting boleh hidup”. Luah hati seorang adik ke arah aku. Aku tersenyum sebentar melihat wajahnya yang menunggu jawapan. Bibirku mula melangkah bicara. “abang bagi satu cerita budak kecil boleh. Pernah dengar kisah kura-kura dan arnab bermula. Lihat dari segi fizikal sememangnya si arnab miliki kelebihan dan mampu memenanginya namun akhirnya kura-kura menang dan si arnab kalah sebab arnah tertidur Tahu x kenapa?” tersenyum kembali menjawab jawapan adik itu. “entahla abang, sebab arnab tertidur kot”. aku tergelak bersama dengan dia.

Lalu aku pegang bahunya. “adik, kura-kura menang sebab dia adanya matlamat dan impian di akhirnya iaitu untuk menghabiskan perlawanan dengan sedaya yang mampu dan si arnab yang matlamat dia untuk menang ditutupi dengan rasa ego dalam dadanya. Akhirnya kura-kura menang. Sama juga dengan diri kita adik. Kita perlukan matlamat kerana kita ada pengakhirannya kelak. Suatu saat di mana kita akan mati, semuanya di sisi tiada, keseorangan dan yang hanya menjadi peneman adalah amalan kita ini. Maka, dalam hidup ini, kita perlunya matlamat agar amalan yang kita lakukan ini akan dilihat kelak. Sama ada baik atau jahat, bagaimana dengan hati kita dan juga bagaimana nilai persaudaraan kita. Allah maha melihat. Kan abang ada cerita pasal neraka. Pedih dan sakit adik, saat kita diseksa dan dekat dengan azab neraka, amat sakit. Adakah kita memilih jalan syurga yang indah kerana semuanya ada untuk kita cuma perlukan kesabaran menghadapai sedikit ujian atau jalan neraka yang senangnya di dunia tapi begitu pedih di akhirat kelak”. “tapi saya miskin, keluarga saya pun biasa-biasa je, saya tidak tahu apa perlu buat dalam hidup ini. Bagaikan bangun pagi, main-main dengan rakan, main moto pastu tidur, entahla. Rasanya itu rutin hidup kot”. kata-katanya dengan rasa segan sambil menunduk kepala. Aku faham perasaannya kerana kita semua pernah melalui saat itu, darjah 6 yang mana kita masih mencari-cari diri. Aku cuba leraikan kekusutan itu. “Allahuakbar, Allah itu maha Adil dan Penyanyang adik-adik. Allah tidak pernah membezakan hambanya dari segi rupa paras, harta kekayaan dan keluarganya namun melihat sejauh mana taqwa, errr.. rasa kita mematuhi peraturan Allah dan menjauhi larangan Allah. Biarpun kita miskin dan selalu diketawa rakan-rakan, ingat pesanan abang ini, biarkan mereka tertawakan kita. Meraka tidak tahu apa yang kita perolehi kerana hanya Allah tahu, tapi biarlah kita sentiasa tanam dalam diri kita, setiap saat dan amalan kita lakukan hanya kerana Allah moga-moga semua amalan ini diberi keredhaan dan keberkatan Allah. Boleh?”.



Dia kembali tersenyum. "insyaAllah abang, saya ingat pesan abang itu. Saya ingin menjadi askar islam yang ingin membantu segalanya. Tolong palestin bunuh Israel dan jadi hebat macam abang.. hehehe..”. dia tergelak bersama adik-adik yang lain.. “amin ya Allah, kau suburkanlah hati-hati kecil ini moga mampu menjadi hambanMu yang hebat kelak.. Allahu yassir wala yuassir”. Detik aku berbisik. Kemudian, sebagai pengakhiran bersama mereka, aku mengajak video taubat nasuha yang indah dilihat. Letak tangan di hati dan bernyanyi bersama-sama. Cukup sayu di hati, melihat betapa kerdilnya diri. Ampunkanlah kami selama ini ya Allah. Kemudian berpelukan sebelum berakhir.. Allah.. suatu kenangan di sini.. subhanallah.

“Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya sedia bersih bertambah tambah bersih (dengan ilmu dan amal kebajikan) dan sesungguhnya hampalah orang orang yang menjadikan dirinya sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kokotoran maksiat )" (Surah al-Syams : 9-10).

Para sahabat,

Berdasarkan kajian psikologi, manusia ketika berumur 10-13 tahun, merupakan satu tempoh masa yang mana mereka rasakan ada sesuatu kekurangan dalam diri mereka dan mereka ingin mencari sesuatu yang kehilangan itu. Maka, mereka akan mula mencari identiti mereka dengan melihat rakan-rakan, mencuba sesuatu yang baru dan inginkan seseorang. Maka, jika ditemui dengan sesuatu yang baik, maka cerahlah di depannya namun nauzubillah takutnya jika ditemuinya perkara sebaliknya. Maka, disebabkan ini, budak-budak pada umur ini sudah ada cenderungnya pada masalah couple dan merempit kerana mereka akan mula merasa bebas dan hebat. Oleh itu para sahabat, jika benar kita yakin dalam diri kita ini sebagai seorang da’ie dan umat rasulullah. Bantulah meraka yang masih kusut ini. Bimbinglah mereka dengan kata-kata dan tunjuk ajar mu. Jika ada adik-adik, lihatlah adik tu sebaiknya, dan bimbinglah hidup ini. Biarpun kita kekurangan ilmu, namun buatlah apa yang terbaik, menyampaikan yang mana mampu dan membantu yang mana daya kerana sesungguhnya Allah tidak melihat hasilnya tapi usaha kita demi islam. Sesungguhnya takut kat realiti islam sekarang, ramainya anak-anak muda semakin lupa akan islam, berkasih-kasihan bersama bukan muhrim, berhibur di sini sana, pakaiannya semakin hari semakin digigit lipas dan bagaikan getah dan peribadinya penuh dengan rasa inginkan keduniaan. MasyaAllah, risaunya akan pemuda-pemudi kelak. Ayuh, sama-sama kita gerkakkan walaupun sedikit untuk membantu demi islam.. Allahuakbar..



Bangunan semut yang kukuh xkan terbina tanpa tentera semutnya yang bersatu dan mempunyai matlamat yang sama. Sama dengan kita, tanyalah iman, apakah matlamat sebenar kita, adakah hanya di sini atau di sini dan di sana.. Allah..

"Aku ini sedang membaiki urusan yang tiada siapa pun dapat menolongku melainkan Allah SWT". (umar abdul aziz)

Salam ukhuwah dan selamat membaca.

1 comment:

  1. mantap2...alhamdulillah ade jugak terdeti kt hati adek2 tue,,truskan hamasah perjuangan nie.insyaAllah:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...