Islamic Widget

pengikut peneroka

Tuesday, November 29, 2011

Sedarlah akan realiti.



Bismillah..

Salam ukhuwah fillah sahabat. Bagaimana iman anda hari ini, moga-moga subur seperti biasa dalam merencana kehidupan ini. Semoga diberi keampunan dan keberkatan setiap perkara yang dilakukan agar mampu menjaga taqwa dan rasa kehambaan pada Allah. Syukur ke hadrat Rasulullah kerana dengan usaha baginda dan sahabat, dapat merasai nikmat islam hari ini. insyaAllah secebis rasa dari hati buat tatapan dan pengajaran diri sendiri serta pembaca.. Duhai dai’e, pejuang agama Allah, Dimanakah anda..

Ayuh, kita lihat suatu realiti, : Subhanallah, kampungku kini semakin hebat hujannya, x henti-henti. Dan ada kawasan rendah dah dinaiki air sedikit, namun Alhamdulillah syukur masih diberi peluang oleh Allah untuk meneruskan hidup ini dengan segala keperluan. Seperti biasa, mendidik kaki untuk gagah bergerak ke masjid, menutup kopiah dengan jubah yang ada penutup kepala meredah hujan yang renyai-renyai, hati-hati tengok jalan sebab jalan itulah aku hampir langgar seekor ular ketika menaiki motor dengan ummi. Melintasi pondok tempat orang melepak, penuh denagan remaja dan antara mereka sahabat aku dahulu dan ada yang sama umur denganku. Melepak, menghisap rokok dan berbual kosong padahal azan mengajak solat begitu hampir. Aku tersenyum pada mereka dan menunjukkan ke arah masjid untuk cuba mengajaknya. Ada antara mereka senyum kembali dan mengalukan aku ke sana. Melihat pakaian mereka berseluar pendek dan baju yang singkat, aku berlalu pergi. Di masjid, cukup sedikit jemaah yang hadir, tidak sampai sepuluh dan hanya sendirian sebagai seorang remaja. Begitu juga qiamulail perdana untuk mendidik hati. Jemputan ketika solat jumaat untuk qiamulail sebagai pembuka tahun baru yang indah dijangkakan ramai hadir namun orang yang sama sahaja mengimarahkan masjid itu. Di manakah yang lain?..

Suatu realiti kedua : berjalan di kota bersama keluarga mencari buku-buku untuk adik-adik.. maklumlah mendapat baucer pendidikan, maka carilah buku untuk dibuat masa cuti nie.. sungguh rindu kota Machang suatu ketika dahulu, pastinya cukup enak untuk dipandang sekeliling. Semuanya manis tersenyum dalam pakaian yang elok. Namun kini, aku mampu mengira berapa ramai yang menjaga betul-betul pakaiannya. Malah tidak nampak sedikit malu pun. Rapat lelaki dan perempuan serta berkeliaran dan berjalan bersama-sama. Cukup berbeza sekarang. Dimanakah mereka yang dulu?..



Dunia ini, semakin pesat pembangunan berlalu, semakin cepat maksiat berleluasa. Segalanya hanya di hujung jari dengan teknologi yang canggih. Cukup senang pemikiran barat yang penuh dengan ideology dan pengaruh kehidupan yang melalaikan ini meresap dalam jiwa kita sekarang. Kali ini, hati berbicara luahan seorang umat islam. Bukannya ingin mengatakan diri ini hebat ataupun bagus menceritakan semua ini, sungguh tidak terdetik di hati, namun, cuba kita renungkan situasi sekarang. Anda lihatlah di sekeliling anda, perubahan yang berlaku. Pasti ada seperti di atas. Sahabat-sahabat teman kecil kita dahulu bagaimana berubah. Ini lakaran situastu realiti-realiti yang dialami sendiri. Agak sedih di hati dan agar Allah membuka hati-hati mereka. Namun, sedikit ingin dikongsi, apakah sebenarnya punca ini, ayuh sama-sama kita lihat.

1. Begitu cepatnya teknologi berkembang: jiwa seorang remaja ialah ingin mencari identity hidupnya dan senang terpengaruh serta ingin mencuba sesuatu yang baru. Maka, dengan teknologi ini, senanglah mereka mengakses diri mereka melihat perkara x sepatutnya dan fashion baru yang sememangnya lari dari tuntutan islam.
2. Kebebasan para remaja: aku melihatkan sekarang cukup bebas remaja bergerak,bagaikan sudah tiada pemantauan yang jitu dari ibu-bapa mereka. Harus diingat, dunia kini lain, penuh dengan godaan dan tipu daya. Jika salah plih rakan, maka susahlah kita.
3. Kurangnya bimbingan para dai’e. Inilah kelemahan kita para sahabat, dunia sekaranag amat memerluan jiwa-jiwa yang memerjuangkan agama Allah dan hukum Allah dan dimanakah jiwa-jiwa ini sekarang?

Duhai sahabat..
Jika dilihat faktor pertama dan kedua, cukup sukar untuk diubah kerana peredaran masa seiring dengan pembangunan kehidupan. Mengubahnya mampu jika kita mengubah mereka yang lebih berkuasa untuk menyedari hakikat ini. Namun cuba kita lihat faktor ketiga. Ramai di antara kita cukup takut untuk menjadi seorang dai’e ataupun pendakwah dengan alasan yang sama, belum bersedia dan ada yang lebih layak. Namun, sampai bilakah kita cukup-cukup bersedia, fitrah seorang manusia tidak pernah akan rasa cukup dan sempurna kerana kita bukannya sempurna dan kita hanyalah hamba Allah. Cuba lihat dalam cerita-cerita dalam tv, orang gaji akan memperbaiki dirinya dalam memberi perkhidmatan pada tuannya dengan dia mencuba untuk melakukan kera-kerja sepatutnya dari sehari ke hari yang lain. Dengan sendirinya dia dapat mengenali kelemahan dia dan memperbaikinya. Sama jugaklah kita sebagai khalifah dan hamba Allah. Jika di sekolah, university atau kuliah di masjid, saat ustaz atau tok imam memperkatakan tentang topic khalifah, hamba Allah ataupun pejuang agama Allah, kita sahut dengan bersemangat untuk menjadi seperti itu. Namun, apa yang anda zahirkan dengan perbuatan. Adakah hanya kata-kata. Ingat, surah as-saff ayat 3 Allah berfirman bahawa kebenciaan kepada mereka yang hanya berkata tetapi tidak melaksanakan. Allahu Allah.

Duhai jiwa-jiwa pembaca sekalian,
Sedarlah, pejuang agama Allah bereerti kita meletakkan islam yang utama dalam hidup ini. Menjadi khalifah dalam mempejuangkan islam. Tugas khalifah memakmurkan alam bererti kita hendaklah menggerakkan jasad kita mengajak mereka yang lalai dalam mengharungi kehidupan yang sepatutnya yang diredhai Allah. Maka, itulas tugas kita hamba Allah, seorang khalifah dan dai’e iaitu pejuang agama Allah. Sedarlah, ayuh sama-sama kita menyuburkan jiwa-jiwa sahabat di sekeliling dengan bergeraknya kita demi Allah.. dakwah itu sendirilah yang mematangkan kita untuk mengenali apakah nilai kehidupan seorang muslim. Mungkin benar anda tidak memerlukan dakwah namun ingat, dakwah memerlukan anda. Wahai jiwa-jiwa muda sekalian.. ingatlah, cukup besar sebenarnya diri anda pada islam, tenaga yang kuat diberikan pinjaman oleh Allah dengan harapan dibalas seeloknya. Lihatlah islam menjadi hebat dahulu. Sultan al-fatih, salahuddin, saidina Ali, dan para sahabat yang lain.. mereka sunggguh hebat ketika remaja kerana saat inilah kita diberika kekuatan dan tenaga dalam memperjuangkan islam.. di sinilah kita untuk melihat kembali islam kembali bangkit dan syiar islam terus bercahaya seluruh dunia.. adakah kita ingin menjadi pemerhati kepada usaha kegemilangan islam ataupun menjadi penggeraknya.. semuanya ada pada hati kita.. Allahuakbar..



Coretan kali ini sedikit panjang, sekadar berkongsi apa dihati mengenai realiti sekarang dalam diri ini terus meneroka. Rupanya masih banyak kelemahan diri berbanding mereka yang hebat. Diri ini masih lemah dan takut. Tiada apa pun yang menjadi kehebatan namun mencuba untuk membantu islam mana yang boleh. Kdg2 terasa lemah dlam istiqamah setiap dilakukan. Mungkin masih banyak karat dan hitam pada hati perlu dibuang. Ya Allah, ampunkanlah hambaMu ini jika ada salah dalam coretan ini dan peganglah hati-hati kami ini agar sentiasa ikhlas keranaMu dan amalan-amalan kami agar mampu mendapat keberkaatan dan keredhaan dariMu.. Allahu Rabbi. Moga-moga perkongsiaan ini membawa seribu makna dalam hidup kita.. syukran bagi sesiapa yang sudi membaca sampai akhirnya suatu perkongsiaan yang cukup panjang yang dirasakan cukup susah untuk mencari mereka yang minat membaca artikel panjang termasuklah diri ini..



Salam ukhuwah dan selamat membaca.

1 comment:

  1. assalamualaikum,
    post ni best dan memang sering terjadi.
    fightin' . hehe :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...