Islamic Widget

pengikut peneroka

Friday, December 2, 2011

Suatu kepastiaan.

Bismillah..

Salam ukhuwah fillah para sahabat.. Alhamdulillah, syukran bagi sahabat yang sudi kunjungi blog ini. Sekadar perkongsiaan biasa yang sentiasa ingin menambah ilmu di dada. Bagaimana iman anda hari ini. Moga-moga sihat sentiasa bersama landasan ketaqwaan dan keredhaan ilahi. Syukur kepada Allah kerana kita masih mampu di sini, dan anda yang membaca bersyukurlah kerana masih berpeluang untuk pengembaraan sebelum kita sampai ke satu destinasi yang pasti yang mana tidak lagi diberi peluang untuk berpatah balik.. kali ini ingin rasanya coretan rasa muhasabah untuk bersama.. suatu kepastian..

“eh, kenapa jem tiba-tiba nie, bukannya hari perayaan”. Dalam perjalanan ke Bandar, semua kereta bergerak perlahan. “mungkin accident di hadapan kot, innalillah”. Bisik hatiku. Kemudian melalui jambatan yang penuh kereta berhenti di tepi kiri dan kanan jalan. Wah, ramainya. Sampai ke bawah kereta berhenti bagaikan ingin melihat sesuatu yang penting di tepi jambatan tu. Sampai di Bandar, gempar peristiwa seluruh Bandar. Seorang pelajar tingkatan 3 terjatuh ke dalam sungai deras sewaktu hujan lebat di Kelantan. innalillah, patutlah ramai tadi berhenti kerana di situlah tempat tragedi. Tapi kenapa begitu ramai orang berhenti. Rupa-rupanya dah 4 hari masih tidak diketemui. Kemudian, aku mendengar kisah pelajar itu dari ummiku. Dia seorang anak yang bijak dan baik. Belajar di MRSM Kuala Krai yang merupakan pusat yang penuh dengan bakal intelek muda. Dia jarang keluar daripada rumah dan sentiasa mendengar kata. Seorang pelajar yang pintar dan sentiasa dengan bukunya dan mendengar kata ibu-bapa. Dia tidak pandai berenang, menyelam pun tidak pandai. Takdir Allah itu tepat, satu saat kerana mengikut ajakan sahabatnya, dia beranikan diri untuk bersama rakan-rakan bermain air sewaktu cuti sekolah ini. Dia berani untuk terjun dahulu tengok keadaan air dan akhirnya tidak timbul2 dan rakannya tidak berani untuk terjun dan cemas melaporkan kes itu. Innalillah, moga Allah tempatkan rohnya di kalangan mereka yang soleh. Ketetapan yang Allah tetapkan untuk hambanya, biarpun ibu-bapanya bagaikan tidak percaya namun begitulah hebatnya Allah. Moga ibu-bapanya diberi ketenangan untuk menerima semua ini.. Allahu Allah..




Duhai sahabat,
Kisah realiti sekadar renungan dan mampu memberi sesuatu kepada kita. Hari ini, ingin rasanya mengajak pembaca untuk kita sama-sama letakkan hati kita untuk memikirkan saat kematiaan kerana orang bijak bukanlah yang memiliki sekadar kekayaan atau pangkat namun orang bijak ialah orang yang mengingati mati. Kisah ini membawa seribu makna kepada diri ini. Betapa dekatnya mati dengan kita. Sememangnya, jika kita menduga kita masih sihat, kuat dan muda masih banyak masa lagi adalah salah kerana semua itu tidak mampu menolak perancangan Allah. Melihat kepada kisah di atas, seorang insan yang masih muda dalam meneroka hidup ini, diberi kenikmatan akal untuk menjadi seorang yang bijak, diberi kenikmatan agar sentiasa berwaspada dalam tindakan akhirnya dijemput Allah. Amat menusuk pada diri. Kadang2 pernah jugak rasa selesa dengan hidup, diberi peluang untuk belajar subjek diminati untuk menjadi doctor impian, diberi peluang untuk dikasihi oleh ibu bapa sehinggakan terlupa mendidik hati untuk mencari bekalan yang sepatutnya. Sememangnya terjadi dalam diri insan yang lemah ini. Ya Allah, tetapkanlah hati-hati kami ini ya Allah setegak tiang yang kukuh mempertahankan apa yang sepatutnya dalam persinggahan ini.

Firman Allah Taala yang bermaksud, "Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mempercepatkannya." (Surah Al-A'raf ayat 34 )


Saat kematian menjemput seeorang hamba, kita tidak mampu lari, tempuhilah ia kerana ia amat pedih, sebagaimana nabi mengatakan kepedihannya. Demi umatnya, sanggup nabi menawarkan untuk merasainya sendirian namun tidak mampu. Semua manusia akan merasainya. Namun, berdasarkan amalan kita dibumi ini dan rahmat Ilhai yang akan menentukan tahap kesakitan itu. Namun pastinya ia berlaku. Cuba kita tanya hati kita, adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi alam kubur. Kita masih tidak tahu sama ada kubur kita luas seluasnya ataupun sempit yang menjadi penghuni binatang yang ular dan jengking. Astagfirullah., kami begitu lemah ya Allah.. tunjukkanlah kami jalan kepadaMU ya Allah. Kuburlah merupakan tempat yang lama untuk kita sebelum dihisab.. Allah…



Dari Abu Sa'id r.a. katanya: (Pada suatu hari) Rasulullah SAW masuk ke tempat sembahyangnya, lalu dilihatnya beberapa orang sedang gelak ketawa, Baginda SAW pun menegur mereka dengan bersabda: "Ketahuilah! Sesungguhnya kalau kamu banyak menyebut dan mengingati perkara yang memusnahkan dan menghilangkan perasaan kesenangan tentulah peringatan mengenainya akan menghalang kamu daripada melakukan apa yang aku lihat ini, maka hendaklah kamu selalu mengingati dan menyebut perkara yang memusnahkan dan menghilangkan perasaan kesenangan, iaitulah maut, kerana sesungguhnya pada tiap-tiap hari kubur menyeru, katanya: "Akulah rumah dagang, akulah rumah yang sunyi sepi, akulah rumah yang penuh dengan tanah, akulah rumah yang penuh dengan ulat." Maka apabila hamba Allah yang mukmin dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: "Dipersilakan dengan segala hormatnya! Ketahuilah sebenarnya adalah engkau - kepada ku - sekasih-kasih orang yang berjalan atas ku, oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepadaku pada hari ini, maka engkau akan melihat layananku kepadamu; Kubur itu pun menjadi lapang baginya seluas mata memandang, serta dibukakan baginya sebuah pintu ke Syurga, (lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan udaranya, serta ia dapat mencium dari baunya yang semerbak harum dan merasa senang hati dari segala yang dilihatnya dalam Syurga itu). Dan sebaliknya apabila oarang yang berdosa atau orang kafir dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: "Tidak layak engkau disambut dan dipersilakan; ketahuilah sebenarnya engkau - kepada ku - adalah sebenci-benci orang yang berjalan atasku; oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepada aku pada hari ini, maka engkau akan melihat apa yang aku buat kepadamu." Rasulullah SAW bersabda lagi: "Kubur itupun mengepitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya". Kata rawi hadis ini: Rasulullah SAW, (sambil bersabda menerangkan yang demikian, lalu Baginda SAW) memasukkan jari-jari sebelah tangannya dicelah jari-jari yang sebelah lagi, kemudian Baginda SAW bersabda lagi: "Dan dilepaskan kepada orang itu tujuh puluh ekor ular besar yang kalaulah seekor di antaranya menghembuskan nafasnya di bumi nescaya tidak akan tumbuh sesuatu pun dari tumbuh-tumbuhan atau tanaman selagi dunia ini masih wujud, kemudian ular-ular itu akan mematuk-matuknya dan meluka-lukakannya sehingga ia dibawa untuk dihisab (dan menerima balasan)." Kata rawi hadis ini: Rasulullah SAW bersabda lagi: "Bahawa sesungguhnya kubur itu adalah sebuah taman dari taman-taman Syurga atau sebuah gaung-gaung Neraka." (Shahih Muslim)

Kali ini, sekadar ingin dikongsikan bahawa kematian itu suatu kepastiaan. Sesungguhnya kita tidak mampu nak menjangka bilakah ia akan menjemput. Mungkin hari ini, esok ataupun hari yang lain. Namun, biarlah kepastiaan itu.. tanamlah dalam diri agar sentiasa mengingati kematiaan yang pasti akan menjemput kita agar mampu menjadi peneman diri dalam melakukan amalan ini. Sememamngnya cukup kuat cubaan syaitan yang cuba menghasut setiap detik dalam hidup kita. Moga dengan muhasabah sentiasa diri ini mampu menjadi pelindung kita.. insyaAllah…

Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, "Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan gelak ketawa."




Mudah-mudahan, Allah memberi sinar dalam hidup kita untuk mempersiapkan diri kita dalam mengumpul bekalan yang sepatutnya dan mampu bersedia walaupun kita dijemput oleh malaikat.. Allahu Rabb.. salam ukhuwah dan selamat membaca.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...