Islamic Widget

pengikut peneroka

Tuesday, December 6, 2011

Layar seekor semut.

Salam ukhuwah fillah, apa khabar sahabat sekalian.bagaimana iman dan taqwa, moga sama-sama berusaha mempertingkatkan dalam kehidupan ini. Agar menjadi bekalan terbaik kelak. Alhamdulillah mencuri masa tengah malam untuk menyampaikan coretan hati dalam meneroka sebuah kehidupan yang layarnya mampu memberi seribu pengajaran pada diri dan sahabat sekalian… kali ini ingin berkongsi mengenai haiwan iaitu semut..

“eh3, jom3 ada benda besar kena angkat melalui dinding nie, tarikan gravity kena lawan, perlukan tenaga lagi, sahabat kita yang lain dah penat dah tu, ayuh”… mesej ini disampaikan kepada yang lain. Bergerak-gerak ke kiri dan kanan dan pasti akan bertemu yang lain. Itulah barangkali bayangan dari otakku saat melihat seekor semut bergerak dari kawasan yang mana ada sumber makanan yang besar dan berat mungkin ke arah tempat yang lain untuk berhubung dengan semut lain. Pasti saat mereka bertemu mereka merapatkan kepala.. subhanallah, aku terfikir sesuatu… sumber makanan itu merupakan besar dan berat dan semut-semut itu kecil dan barang kali tidak mempunyai kekuatan seperti kita. Mereka cuba untuk membawa makanan itu mendaki dinding yang pastinya condong dan kecerunan dia adalah 90 degree dan terpaksa melawan tarikan gravity lagi. Pada mulanya aku melihat sekumpulan semut-semut kecil itu membawa makanan itu dan makanan itu bergerak sedikit demi sedikit. Tiba-tiba terhenti di suatu tempat dan agak lama di situ, mungkin kepenatan bisik hati kecil ini.. kemudian tertarik dengan seekor semut kecil itu keluar daripada kumpulan itu bagaikan ingin memanggil mereka yang lain, setiap langkahnya jika ketemu semut yang baru pasti dengan biasa bertemu kepalanya bagaikan berkomunikasi sesuatu, aku melihat geraknya sampailah dia masuk ke lubang kecil di celah dinding rumah. Kemudian, keluar deretan panjang semut-semut kecil bagaikan tentera-tentera segar dan bersemangat ke tempat makanan tadi.. kagum diri ini sebentar…
Apa yang boleh dijadikan nasihat bersama yea… insyaAllah sekadar perkongsian.. ingin diulas dari sudut lisan dan perbuatan..



1. Perbuatan : cuba kita lihat semut tadi, biarpun mereka itu merupakan makhluk kecil, kerdil dan mungkin agak lemah berbanding ketika kerana ada muscle-muscle yang mampu membantu kita saat kita ingin melakukan sesuatu namun mereka Berjaya dalam misi mereka membawa makanan itu.. kerana apa, ada 4 faktor di sini, pertama mereka ada matlamat, matlamat mereka jelas iaitu inginkan makanan kerana semut memerlukan makanan dalam keperluan hidupnya, yang kedua kerana mereka bersatu hati, biarpun mereka kecil dan pabila makhluk lain seperti manusia melihat mereka akan katakana mereka lemah namun jika digabungkan sedikit itu menjadi suatu kekuatan yang kuat maka, mereka mampu membawanya, ketiga adanya seorang daripada mereka yang menggerakkan mereka yang masih leka, cuba kita lihat, pabila dirasakan makanan itu cukup berat lalu, seekor semut bergerak dalam hala tuju yang jelas untuk memanggil sahabat-sahabatnya yang lain untuk memudahkan perjalanan mereka dan yang keempat, mereka semua sama… cukup indah jika kita ambil iktibar ini dalam kehidupan layar seorang manusia dan hamba Allah…

Pertama mengenai matlamat, jika kita benar-benar setkan apakah matlamat kita di dunia ini dan apa yang kita inginkan maka sebenarnya kehidupan ini cukup mudah untuk kita harungi. Kerana jelas kita tahu apa yang kita nak iaitu ending kehidupan kita. Namun, harus diingat jika matlamat kita hanyalah sekadar keduniaan dan mengharapkan keseronokan dunia semata-mata sememangnya kita telah pun jatuh perangkap keseronokan dunia syaitan dan pastinya azab yang pedih. Namun jika matlamat kita benar, ikhlas dan jitu dalam mencari redha Allah, maka kita akan rasa bahagia dan tenang dalam melakukan setiap detik hidup kita untuk mencari redha Allah dan peroleh rahmat Allah biarpun kadang kala kita dihimpit rasa pahit dan kekecewaan namun itu sekadar ujian tanda Allah sayang akan hambanya dan melihat sejauh manakah keimanan dan keyakinan kita pada Allah.. oleh itu sahabat, letaklah tangan pada hati dan dada anda, ayuh sama-sama kita memperbetulkan matlamat kita dan niat kita dalam setiap amalan agar setiap apa yang menjadi bukti dan saksi di bumi ini mampu membawa kesejahteraan untuk kita kelak bukannya kebencian Allah… insyaAllah..

“Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat).” –surah al-ankabut ayat 64-


Kedua mengenai nilai sebuah kerjasama dan persaudaraan. Umat islam cukup bertuah kerana mampu merasai apakah itu nikmat persaudaraan dan ukhuwah. Itulah hebatnya islam. Namun sedih tatkala kita melihat nilai persaudaraan ini semakin terhakis. Lihatlah bagaimana jatuhnya khalifah uthmaniyah, pabila hilangnya rasa persaudaraan oleh segelintir umat islam akhirnya mereka berpecah sehingga ada di antara mereka mengkhianati Negara dan agama mereka sendiri. Sudah jelas apa yang terjadi kepada pengkhianat itu pabila jasadnya tidak diterima bumi. Lihatlah betapa teruknya kesan jika nilai persaudaraan itu tidak dihargai. Hari ini, dirasakan nilai persaudaraan itu kembali ingin berputik pabila sudah banyak Negara yang rakyatnya umat islam berani menegakkan keadilan sehingga berkorban nyawa demi menuntut kebebasan dan maruah islam agar terus terjaga daripada kejahatan dan bayangan pemimpin yang zalim. Sungguh kagum melihat revolusi mesir, berlaku di Lebanon, dan di tempat lain. Anak-anak muda sudah cuba untuk mengenali betapa agungnya agama Allah di bumi ini.. ayuh sahabat, tanamkan nilai persaudaraan dalam setiap apa yang kita lakukan agar tidak mudah kita berpecah biarpun orang kafir cuba menghasut kita dengan media massa dan sebagainya. Nilai persaudaraan inilah yang menjadi nasihat saat kita alpa… insyaAllah..

“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat..” - surah Al-Hujuraat ayat 10-

Ketiga adalah mengenai “dakwah”.. cuba lihat, di saat dirasakan bantuan diperlukan maka seekor semut akan bergerak mencari rakan yang lain.. tanyalah diri anda.. islam pasti akan bangkit bukan? Islam pasti akan Berjaya kembali bukan? Islam pasti akan menakluki dunia kembali bukan? Islam pasti akan menjadi kuasa yang kuat bukan? Pastinya dengan semangat kita akan kata ya, ya, ya dan ya.. kerana semua umat islam mahukan itu, namun anda lihat sekarang.. adakah islam mampu.. islam memerlukan penggerak-penggerak dan pejuang agama Allah sahabat.. cuba kita pandang dan lihat di kiri dan kanan kita.. lihatlah mereka, berapa ramai di antara mereka yang cukup seronok dengan segala hiburan sehingga lupa akan janji mereka di alam roh dahulu. Ramai bukan, realitinya masih ramai saudara kita di luar hanya faham islam itu diwarisi bukannya islam itu cara hidup. Maka, siapakah akan menyedarkan mereka. Pastinya diri kita sahabat. Medan dakwah bukannya bererti kita perlu bersedia dengan ilmu yang cukup untuk mengajar kepada orang namun dakwah itu merupakan suatu lapangan nasihat. Jika kita menasihati saudara kita biarpun ketika makan di warung atau sebagainya dengan niat ikhlas untuk menyedarkan dia, maka itu merupakan satu dakwah malah dakwah dengan cara itu adalah lebih baik jika orang itu benar-benar sedar perkara sepatutnya. Realitinya, ramai sahabat-sahabat kita cuba lari dengan pelbagai alasan biarpun dia mampu. Namun, jika benar inginkan islam kembali sinar mekar, tugasan kita bersama untuk membantu saudara dan agama islam. Ayuh sahabat, peganglah hati-hati kita agar berada di jalan yang menuju kejayaan islam kembali. Biarpun dakwah itu kadang kala pahit dan penat, maka bersabarlah kerana islam memerlukan kita agar kelak kita mampu berbahagia.. insyaAllah.. islam pasti bangkit..

“….. Allah adalah al-Waliyy (Pelindung) orang yang bertakwa.” –surah al-Jathiyah 45:19-

Yang keempat ialah mengenai sama rata.. sungguh kagum melihat semut-semut itu, semua mereka seakan sama sahaja mengangkat makanan itu. Tubuh yang sama dan mengangkat bagaikan serentak dan bergerak seiringan.. unik dan indahnya, kerana kita berbeza daripada yang lain. Islam mengajar umatnya agar sama sahaja dan kita hanya dibezakan melalui sejauh manakah tahap taqwa kita kepada Allah. Malah, dengan murninya islam ini ramai sahabat Rasulullah s.w.t dahulu memeluk islam dan ramainya hamba tertarik dengan keadilan dalam islam malah di antara mereka menjadi pejuang agama Allah yang berani berjuang di medan perang seperti Bilal bin Rabah.. Allah, cukup syumul islam ini.. namun, lihat sahaja zaman Rasulullah, saat Rasululla ingin wafat, dan Rasulullah sendiri menawarkan kepada sahabat jika Rasulullah ada hutang dengan sahabat yang lain.. seorang pemimpin yang sentiasa menjaga perkara terbaik dalam dirinya… ketika zaman khalifah, saidina umar sanggup menyamar menjadi seorang yang miskin untuk melihat rakyatnya agar setiap harta yang dimiliki itu adalah harta sepatutnya. Biarpun menjadi pemerintah dan tidak pernah merasakan dirinya.. hebat sungguh peribadi zaman dahulu… lihatlah sekarang, hati, mata dan minda mampu melihat, berfikir dan merasakan apakah perbezaan berbanding zaman dahulu. Memang benar kita tidak sehebat mereka namun mengapakah kita tidak berusaha untuk mencontohi mereka. Berapa ramai yang sekarang ini bermegah dengan pangkat, harta dan darjat mereka dan berapa ramai pula yang merintih-rintih mencarikan sesuatu untuk sesuap nasi bagaikan mereka seakan-akan tidak tahu kesenangan mereka kelak berada di sisi Allah saat menghitung setiap apa yang dilakukan dan niat mereka.. ya Allah, suburkanlah kami dengan akhlak mahmudahMu ya Allah, jangan mudah kami terkena denan bisikan syaitan dalam melahirkan sifat ujub, takabbur dan riyak ya Allah.. peliharalah kami.. amin ya Allah…

2. Ibrah yang kedua ialah mengenai lisan, ayuh lihat cara komunikasi semut-semut itu, mesej yang disampaikan bagaikan terus lekat pada hati mereka dan segera bergerak ke makanan tadi untuk membantu. Dalam hidup ini, jagalah lisan kita seeloknya kerana lidah ini mampu maembawa kepada sesuatu yang dibenci Allah atau sesuatu yang disukai Allah dan lebih elok jika diam jika itu yang lebih baik. Cara komunikasi berkesan..itulah kekurangannya malah kekurangan diri ini juga. Seorang pendakwah umat islam yang hebat hendaklah mempunya teknik komunikasi yang betul agar apa yang disampaikan itu sampai kepada pendengar dan apa yang dikatakan dirasakan memberi manfaat kepada mereka. Ayuh ubah cara komunikasi kita agar kehidupan ini lebih dihargai disekeliling malah lebih penting dapat menghindari dari kemurkaan

Allah.. bagaimana caranya, perbayakkan dekat hati dan jiwa pada Allah agar rasa takut untuk bercakap yang tidak sepatutnya, selalu mendengar nasyid dan video islamik yang best agar mampu membisik bisikan rohani kita, perbayakkan zikir dan membaca al-Quran agar lidah kita lembut untuk mengatakan yang baik-baik sahaja dan yang lebi pentingnya pasangkan niat yang betul sebelum bermula sebarang komunikasi agar niat kita selaras dengan matlamat kita dalam mencari redha Allah.. ayuh sama-sama koreksi dan mengubah diri.. insyaAllah… YOSH!! (terikut teknik seorang kakak nie dalam memberi semangat. (^_^).)

“Sampaikan islam walaupun satu ayat”. –riwayat al-bukhari-

Allah, x sedar panjang pulak coretan kali ini. Hanya ibrah dari seekor semut yang mungkin mampu memberi sesuatu kepada kita dan nasihat dalam merencana hidup kita ini. Jika benar diri kita ingin mempunyai suatu harapan dan cita-cita yang besar maka inilah antara sesuatu yang boleh kita amalkan dalam diri kita. Jika ingin kita memperjuangkan islam, inilah antara permulaannya, dan jika kita ingin mencapai hasrat kita ingin menjadi doctor ke engineer ke inilah antara peribadi yang mampu membawa kepada kejayaan. insyaAllah. Diri ini hanya sebagai peneroka yang melihat sesuatu agar mampu menjadi pendorong dan nasihat kepada kita, malah banyak lagi kelemahan pada diri ini. Syukran sudi membaca dan mengikuti blo tak seberapa ini. Moga kalian dirahmati Allah.. akhir kata, jangan pernah rasa diri kita ini hebat dan sempurna keran itu merupakan bisikan syaitan dalam melemahkan kita..

"Berlumba-lumbalah kamu kepada keampunan daripada Rab (Tuhan) kamu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, disediakan bagi orang yang beriman kepada Allah dan para rasul-Nya. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar." -surah al-hadid ayat 21-


Wallahu a’lam..




Salam ukhuwah dan selamat membaca.. (^_^)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...