Islamic Widget

pengikut peneroka

Saturday, December 17, 2011

Warna-warni kehidupan 3 : Sahabat penyeri hidup.

Salam sahabat… bagaimana iman dan jasad kalian.. moga-moga khair selalu yea.. hati ini pun makin takut dengan setiap detik berlalu, takutnya saat-saat yang kita isi itu adalah sesuatu yang sepatutnya ataupun tidak. Paling ditakuti apa yang kita lakukan itu berada bersama kebenciaan Allah.. Nauzubillah.. Allah, jagalah hati-hati kami ini moga kami tahu hala tuju kami.. Alhamdulillah diberi masa menjenguk blog buat sementara.. kali ini hati peneroka masih meneroka kehidupan.. wah, indah sungguh hidup ini disebalik warnanya.. seterusnya untuk situasi ketiga..

Ketiga: kisah bersambung.. sekolah rendah, waktu diminda untuk bermain-main.. lompat sana, lompat sini, cuit sana, cuit sini.. semuanya ada.. dan diri ini, begitu minat untuk bercerita.. asyik pertandingan je mesti nak masuk.. mungkin suka bercakap.. dorongan Ummi dari kecil.. dan arena inilah dipertemukan sahabat2 yang ceria dan sekarang masa setia melawat dan berjalan-jalan bila sahaja cuti.. kami belajar, main sukan dan jadi pelajar bersama.. saat study group dan sebagainya.. walaupun arena lebih matang iaitu sekolah menengah tiba namun hakikatnya hubungan itu masih ada biarpun terpisah tempat belajar namun rasa riang itu masih ada.. sekolah menengah, berkelana negeri orang, jauh dari ibu dan ayah malah masih segar dengan loghat Kelantan.. amat sukar jika dibayangkan.. hari pertama naik bas tersalah turun, berdarah tangan mengangkat beg besar sampai ke sekolah.. maklumlah x matang lagi, hampir semua benda nak bawak.. namun, di situlah tangan menghulur.. saat takut akan performance akademik, ada sahaja tangan menghulur.. saat kita jatuh, ada sahaja trampoline untuk menaikkan balik..masih ingat lagi saat senyum riang di asrama itu.. biarpun nampak seperti dikurung satu tempat yang luas namun kurungan ini bagaikan satu ketuhar yang memanaskan tali-tali antara kami untuk mencari erti hidup.. dan disinilah sinarnya cahaya sahabat-sahabat membawa erti layar seorang dai’e.. arena ini, jika anda salah mencari tangan yang menghulur mungkin padah menanti namun sebuah kehidupan aku menjumpai mereka.. kancah university aku agak kenal mengenai cabaran kehidupan lantas memperkuatkan diri apa yang sepatutnya.. mencari-cari orang2 itu dan akhirnya jumpa.. sahabat, nikmat Allah berikan dalam setiap kehidupan Allah..



Situasi ketiga, sahabat, mungkin kata-kata boleh berselindung namun hakikat hati di dalam tidak siapa mampu ditipu.. kita semua perlukan sahabat, kerana mereka inilah yang begitu rapat dengan kita.. satu lagi nikmat Allah yang cukup indah.. rasa ukhuwah itu.. tanyalah hati, bagaimana rasanya bersyukur mempunyai teman dan sahabat.. biarlah sahabat itu menjadi peneman bukan sahaja di dunia namun peneman yang menenangan di akhirat kelak.. itulah sahabat.. sejauh manakah kita menghargai sahabat ini.. suka untuk berkongsi bagaimana sebenarnya sifat sahabat-sahabat nabi dahulu.. lihat bagaimana rasa cinta sahabat-sahabat nabi antara satu sama lain.. sentiasa menjadi peneman dalam setiap situasi.. begitulah kita.. moga-moga sahabat yang dimiliki ini menjadi penawar di saat kita duka dan menjadi tali yang kukuh untuk dipegang dalam mengharungi duri-duri sepanjang penjalanan.. Allahu Allah..



“Nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah memiliki SAHABAT yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah dia bersungguh-sungguh.” (Saidina Umar Al-Khattab)


Coretan ringkas sebuah kehidupan.. sememangnya hidup itu penuh warna-warni.. cukup indah.. (^_^)

salam ukhuwah dan selamat membaca.

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...