Islamic Widget

pengikut peneroka

Thursday, January 12, 2012

Hakikat Perjuangan.

salam ukhuwah fillah sahabat pembaca sekalian. bagaimana iman dan jasad? moga-moga sihat sentiasa. Alhamdulillah, diberi sedikit masa untuk meninggalkan coretan pada blog ini. coretan kali ini lebih kepada motivasi diri, koreksi kelemahan diri dan luahan hati dan jiwa seorang peneroka. insyaAllah, bismillah, moga dipermudahkan penulisan kali ini. hakikat hati pejuang: tabah dan sabar..



Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya
(segenggam tabah:in-team)

"bzzz.... bzzzz.... bzzzz..." nset aku bergetar atas meja. mesej diterima. dan tanganku seakan bergetar untuk membuka mesej itu kerana suatu harapan besar menanti. terpaku melihat mesej itu disebalik kerisauan diri. Allah. tidak lepas ujian itu. mebisu kata-kata. aku cuba kuatkan diri dengan senyuman pada kawan-kawan namun di sebalik itu ada sesuatu yang melemahkan diri. ya Allah, ampunkanlah aku tatkala aku tidak kuat. sesungguhnya aku cuba usaha terbaik, namun Allah sebaik perancang. atau usaha aku masih belum kuat. tabahkan hati untuk terus bergerak. kemudian aku terduduk di atas kerusi di sebelah gelanggang futsal melepaskan penat sepanjang hari. melunjurkan kaki sambil pelbagai perkara bermain di setiap ruang minda aku. mataku terpaku melihat sekawan burung terbang di langit. mereka cukup patuh dalam melaksanakan perintah Allah. diberi sayap oleh Allah untuk terbang dan mencari makanan. badanku terasa lega disapa angin yang perlahan-lahan bergeseran di kulitku. Allah, Alhamdulillah nikmatnya.




Fikiranku terus berfikir di setiap perkara dalam hidup aku.. sambil berfikir tiba-tiba titisan air mata mengalir sikit demi sikit. aku cuba gagahkan diri untuk bertahan. aku terfikir, betapa lemahnya aku. aku takut jika diri ini menjadi "fitnah kekurangan" islam. kita asyik berkata islam itu hebat, syumul dan sebagainya namun diri kita sendiri yang lemah untuk membuktikannya. dahulu, aku masih ingat azam yang dipasang bila sem 1. aku ingin menjadi antara pelajar yang berjaya di intec. biar muslim menjadi kebanggaan dan islam itu terselah keindahannya. biar mampu untuk menunjukkan umat islam mampu menjadi cemerlang dalam akademik. aku terus bergerak dalam usaha bersama dengan sahabat. namun, aku lalai dengan beberapa program aku tidak mampu menggapai hasrat itu. dan kini aku, terduduk dan termenung melihat dan mencari diri sendiri kembali. lemahnya aku. aku masih tidak mampu melakasanakan tugas pelajar yang terbaik. ya Allah, kuatkan hati ini untuk mncari tonik terbaik.

Mungkin kerana dalam mood muhasabah yang cukup kuat kemudian mata ini terbayang wajah ummi dan abi di rumah. ummi yang kesihatannya tidak menentu dan sentiasa mencari rezeki yang halal untuk aku berada di sini di samping mencari bantuan terbaik untuk adik2 dan abang di tambah dengan bayangan aku pada abi yang sentiasa berusaha untuk memberi terbaik dalam hidup anak-anaknya. aku tidak mampu menyampaikan khabar gembira pada mereka. aku tidak mampu memberikan satu senyuman dengan rasa yang gembira malah aku tidak mampu memperlihatkan kebanggaan mereka terhadap diri ini. ya Allah lemahnya aku. Duhai ummi dan abi, diri ini telah banyak membebani diri kalian, ampunkan anak yang lemah ini. di sini, hati berpasak pada iman akan sentiasa berusaha yang terbaik buat ummi dan abi. ya Allah ampunkanlah mereka ya Allah. tunjukkanlah jalan kebahagian dalam kehidupan mereka dunia dan akhirat. yang doa yang mampu aku balas pada mereka. ya Allah, ampunkanlah aku dalam melaksanakan tugas sebagai hambaMu, umat islam, anak harapan, dan sebagai saudara terhadapa saudara yang lain. Ampunkanlah aku ya Allah, Ampunkanlah aku ya Allah, Ampunkanlah aku ya Allah..

Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi. (segenggam tabah:inteam)


"meowww.. meoowww... meoowwww.." kemudian aku disapa oleh sekeor kucing. fikiran aku terhenti dan melihat pada kucing itu sambil tersenyum. menarik lafas yang lega dalam muhasabah tadi. fuuhh.. moga, aku tabah mengahdapi segalanya di depan. aku membawa kucing itu ke depan bilik dan ingin memberi makan pada dia dan bila dilihat hanya roti yang ada dibilik.. dicubit kecil2 roti itu untuk diberi pada kucing. rupanya baru aku tahu kucing tidak suka pada roti. kemudian kucing itu beredar mungkin tak ada rezeki di bilikku.. aku melangkah masuk ke bilik dengan satu azam baru dengan satu impian dan ending yang besar..

ending aku ialah untuk berada di syurga firdausi dan merasai segala nikmat di dalam syurga itu. impian aku di dunia adalah ingin menjadi seseorang untuk agama dan masyarakat di sekeliling. seorang doktor bukan sahaja pakar dalam perubatan tapi multi talent, mampu mengajak manusia ke arah kebaikan, mampu untuk menjadi imam dan mampu untuk melakukan program-program yang berguna. dan hajat besar yang ingin dilaksanakan di dunia ini ialah untuk ummi dan abi terasa tenang dan berehat sepenuhnya. jika dalam mengapainya kadang2 aku rebah ditengahnya, pasti aku akan bangun, mungkin dengan cara berbeza untuk mencapainya. jika di pertengahan perjalan ittu aku tersungkur bersama kelemahan dalam diri, pasti aku mencari batu yang menyebabkan aku tersungkur dan membuangnya sejauh yang boleh. dan jika aku dicuba dan terus dicuba untuk mencapai semua itu, aku akan mencari dahan-dahan yang kukuh untuk terus bertahan. sama ada kita mampu belajar oversea ataupun tidak bukanlah menjadi tujuan utama, namun itu adalah bonus di sebalik usaha kita. seikhlasnya hati ini ingin sekali merasai berada dalam kapal terbang, berada di negara orang dan melihat kebesaran Allah namun sekiranya perancangan Allah sebaliknya, pasti ada hikmah di sebaliknya. memang masih banyak ruang untuk mencapainya dan aku akan terus berusaha ke arah itu. sesungguhnya kami berusaha dan kapada Engkaulah kami menyerahkan segala urusan dan bertawakal.

ya Allah, kami hamba yang memerlukan petunjuk dan hidayatMu ya Allah. jika benar jalan yang Engkau rencanakan untuk hambanya berada di sana, maka permudahkanlah setiap urusan kami dan jika Engkau rencanakan untuk kami di sini, maka permudahkanlah setiap urusan kami. ya Allah, kau pegangkanlah hati-hati kami pada jalanMu agar mampu kami melihat matlamat sebenar kami. kurniakanlah hati-hati kami ketabahan dan segalanya. sesungguhnya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. Amiinn ya Rabbal Alamiin..


Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. (al-Fatihah:5)



salam ukhuwah...

2 comments:

  1. assalamualaikum sahabatku Affan..

    realiti kehidupan dunia..pastikan ada pasang dan surut,pastikan ada tika kita di atas dan pasti ada tika kita di bawah..kerana kepastian Allah untuk menguji hamba2Nya yang beriman..
    yakinlah pada setiap ketentuan Illahi..akan pasti ada sesuatu yang menggembirakan hatimu dan keluargamu yang direncanakan oleh Nya..pasanglah niat dan sucikanlah niat affan..insyaAllah..niat yang luhur dan murni pasti akan membantu jalan2 hidupmu meneroka dunia ini..
    yakinlah pada apa yang di cari..
    cinta Illahi...takkan mengecewakan..
    dunia hanya sementara..seisi dunia ini hanyalah pinjaman semata mata..jangan bersedih jika di uji di dunia..Allah itu sangat dekat di hati hambaNya..Dia mengetahui apa yang tidak di ketahui hambaNya...
    semoga langkahmu terus maju ke hadapan sahabatku..
    insyaAllah..Allah pasti menolong hamba2Nya yang menolong agamaNya..
    di sebalik kesukaran itu ada kunci kemudahan..
    Allahumma yassir wala tuassir..pohonlah pada Illahi..
    jangan bersedih sahabatku..
    Allah menilai setiap inci, zarah2 kecil usahamu..
    pasti akan ada kejayaan yang bakal kamu tempa..
    yakinlah...


    semoga Allah permudahkan segala urusanmu sahabatku..doaku sentiasa mengiringimu..insyaAllah..

    teruskan perjuangan=)

    ReplyDelete
  2. semoga kita diperkuatkan iman dalam menghadapi dugaan yg Allah berikan. sesungguhnya kita bersyukur bahawa Dia masih ingat dan sayang pada kita kerana ujian yg diberikan.insya allah,anda boleh melakukannya!bittaufik wannajah.\*(^o^)*/

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...