Islamic Widget

pengikut peneroka

Monday, March 12, 2012

Tinta seorang 'Pemberi'

Salam ukhuwah fillah.. apa khabar iman dan jasad sahabat. moga-moga subur bersama iman dan taqwa. Alhamdulillah, syukur pada Allah, masih diberi ruang menggunakan kebesaran nikmatNya dan meminjamkan keagungan ciptaanNya nikmatnya.. Hidupku, matiku dan solatku hanya padaMu ya Allah.. kali ini ingin membekaskan satu coretan rasa akan perjalanan seorang hamba dalam kehidupan.. x lekang dari memberi, itulah sifat pemberi.. dan inilah tinta daripada seorang 'pemberi'.


"Ke dalam hatimu, supaya engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia)." (as-syua'raa':194)




Monolog hati.

hamba ini masih bernafas dan masih diberi pelbagai macam nikmat untuk bergerak. hati digagahkan untuk melihat di sekeliling. inilah yang berada di sekeliling sebenarnya. aku melihat begitu ramai mereka yang susah, dan begitu ramai peminta sedekah di jalanan. aku melihat jiwa-jiwa muda yang dipersiakan tenaganya untuk hiburan dan keduniaan dan melupakan apakah tugas mereka sebenar. aku melihat cukup senang manusia terpalit dengan godaan syaitan, cukup mudah hanyut dalam kemaksiatan, tanpa ada rasa malu dan takut pada Allah. aku melihat adik-adik kecil yang masih berada pada tanah yang liat untuk dibentuk disajikan dengan sajian kemodenan yang penuh dengan gaya yang semakin jauh dari simpang yang benar. aku melihat diri-diri yang menginginkan bantuan namun tiada tahun untuk menghulur dan aku melihat mereka yang hanya islam di nama bukan islam di hati dan perbuatan.. ya Allah, aku melihat realiti sekelilingku.. sedarlah ini yang berlaku, lihatlah mata hati.. mereka memerlukan sesuatu.. pemberian dari seorang 'pemberi'.

Setitis usaha untuk mereka.

dalam diri manusia, akan ada rasa kasihan kerana itu fitrah seorang manusia. kita melihat orang yang meminta sedekah, pasti akan rasa kasihan walaupun sedikit bukan, tapi bezanya hanyalah daripada apa yang kita zahirkan. memberi atau hanya berlalu pergi. ketepikan isu sesetengah manusia yang mengambil kesempatan minta sedekah biarpun kaya, tapi lihatlah jika benar mereka benar-benar susah, di mana kita pada mereka. memberi itu bukan hanya pada percakapan dan rasa tapi bagaimana kita zahirkan perbuatan kita. lihatlah di sekeliling sahabat, mereka semua perlukan cahaya kesedaran pada diri mereka kerana mereka inginkan ketenangan dalam diri. cumanya dimana 'pemberi' pada mereka. di mana hati-hati yang ikhlas untuk membantu mereka. dan sebenarnya segalanya itu ada jawapan pada diri kita. cukup besar nikmat yang Allah berikan pada kita, kesempurnaan tubuh badan, akal yang bijak dan peluang yang luas di hadapan namun bagaimana kita membantu mereka yang kekurangan.. ayuh, semaikanlah setitis peluh untuk mereka biarpun hanya menjadi pembancuh air dalam bergeraknya kita untuk mereka..





Kita Pewaris Nabi.

Jika dulu, sinarnya syiar islam berkembang seluruh pelosok dunia dicetuskan oleh nabi Muhammad S.A.W. dan seterusnya oleh sahabat-sahabat nabi, pendakwah dan ulama-ulama. sehinggalah islam pernah menjadi gah suatu masa dahulu, menguasai 2/3 dunia, menjadi kuasa dunia yang hebat sebelum jatuh pada zaman khalifah urki uthmaniyah. selepas itu umat islam dirakus dengan kejam oleh mereka yang bencikan islam sehingga semakin pudar nilai islam dan dipasakkan gaya barat yang cukup kuat. dan kini, kita semakin bangkit, bangkit pemuda-pemudi islam dalam menegakkan kebenaran dan islam semakin gah dari hari ke hari. jiwa muslimin itu cukup hebat kerana iman dan taqwanya. adakah kita hanya ingin menjadi pemerhati yang setia atau pejuang barisan hadapan dalam kebangkitan ini. tanya pada diri anda. wujudnya pahlawan muda terbilang seperti salahuddin al-ayubi yang mebuka palestin, sultan muhammad al-fateh yang membuka konstantinople sepatutnya menjadi satu tanda aras kepada kita. kita sebenarnya MAMPU cum kita sendiri yang tidak melihat KEBOLEHAN kita. duhai sahabat, kita pendokong agama Allah dan kitalah pewaris perjuangan nabi kita.. AllahuAllah..

"Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dialah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugamanya) dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan sudah payah dalam perkara ugama, ugama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: "Orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dialah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dialah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan." (surah al-Hajj:78)

Kisah seorang anak HIV.

ingin sekali berkongsi dengan sahabat sekalian suatu kisah benar. kisah ini cukup menghentam pada diriku yang bergelar seorang hamba yang dikurnikan nikmat yang cukup kuat.
-Aku menziarahi sebuah anak yatim yang cukup usang. katilnya berlubang malah najis ayam ada di mana-mana. sebak di hati terbayangkan keadaan mereka. kemudian aku melihat seorang budak kecil dalam darjah 4 dan rasanya aku kenal budak itu. aku menghampiri dan menyapa, " Assalamualaikum", dengan senyuman. "Eh, abang Affan." dia tersenyum dan mencium tanganku bila kami bersalam. wah, kenal budak ini pada diri ini. kemudiannya dia menjelaskan bahawa dia pernah menjadi junior aku sekolah rendah dahulu malah kakaknya sekelaas dengan aku. hati berbicara, cukup kecil dunia ini. perbualan aku mengorak bicara, "adik dah lama ke kat sini." wajahnya sedikit suram. "ayah dah xde, kena HIV, ibu tidak mampu nak jaga semuanya, adik beradik ramai, jadi terpaksalah di sini". aku mencari idea untuk mengembalikan senyumannya, "macam mana kawan-kawan kat sini, best kan?". dia menjawab, "best, ada kawan-kawan boleh main dan main sama-sama". "macam mana akademik?"aku kembali bertanya. dia menunduk malu kemudian menjawab, "di sekolah, budak pandai duduk sama-sama pandai dan kami dibiarkan macam ini, bila balik rumah tidak ada tangan yang nak bawa kami, kami terbawa-bawa dengan kawan-kawan yang sama dengan kami." hati terpukul dan terus terdiam. betul katanya, di kampungnya memang cukup ramai yang merempit. memang salah mereka yang memilih jalan yang salah namun dimanakah 'jiwa-jiwa' yang ingin memberikan harapan.. mereka memerlukan 'hati seorang pemberi'..
semakin kuat semangat di jalan ini.. sedarlah realiti yang kita diperlukan..

Jadilah seperti pohon yang berbuah.


pohon itu sungguh indah ciptaannya. masih tetap memberikan buahnya pada manusia biarpun kadang-kadang dibaling dengan pelbagai perkara, biarpun dirinya dipaut dan dipatahkan, biarpun dia sedar tiada pulangan padanya. masih tetap memberi biarpun dalam keadaan susah. cuba refleks pada diri, sejauh mana kita memberi.. diri ini, tidaklah sehebat mereka yang hebat ilmunya, hebat kata-katanya malah diberi kekuatan pelbagai untuk disumbangkan namun sebenarnya akan ada terselitnya 'kelebihan pada setiap insan'. mungkin kita malu dengan diri, atau malas untuk bergerak, atau penat dalam melaksanakan namun peganglah syurga itu bukannya senang seperti mematahkan sebatang lidi namun perlukan rasa iman, taqwa dan istiqomah yang kuat. di sini ingin dikongsikan pada sahabat antara perkara yang boleh kita berikan:
1. membantu mereka yang lemah biarpun dengan sepuluh sen.
2. bergerak dalam satu pergerakan agar kita mampu menjadi mereka yang membantu.
3. menyampaikan sesuatu yang benar dan nasihat pada sahabat.
4. lihatkanlaah peribadi mulia agar mampu menjadi saksi keindahan islam.
5. tingkatlah diri menguasai pelbagai aspek seperti akademik dan soft skill.
6. menyokong mereka yang melaksanakan dakwah dengan apa yang mampu.
7. mengadakan program walaupun hanya sekadar tazkirah untuk junior lama.
8. sentiasa menziarahi mereka yang memerlukan.
9. istiqomah dalam pergerakan.
10.sumbangkanlah tenaga yang mana mampu dalam seuatu perkara dakwah.

Qalam bicara.

ayuh sahabat, sedarlah realiti yang dunia semakin tenat dan pasti akan gemilang. ayuh menjadi antara jiwa-jiwa yang menggerakkan obor kebangkitan ini agar ini mampu menjadi saksi kelak terhadap apa yang telah kita lakukan.. sabar dan tabahlah dalam bergerak kerana itu ciri orang mukmin. jangan sampai kita menjadi penyebab mereka di luar terus alpa dan kita hanya memerhati.. ayuh menjadi 'pemberi'... Wallahu'alam..

1 comment:

  1. betul...kadang2 kita ni manusia ignorant yang hanya berfitrah mempunyai perasaan kasihan tpi terlalu kedekut menghulurkan tangan memberi sesuatu meringankan bebanan mereka..

    refleks kembali diri sendiri..=(

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...