Islamic Widget

pengikut peneroka

Sunday, April 29, 2012

Tinta buat permata islam

Salam ukhuwah sahabt dan para pembaca.. kesibukan minggu exam nie rasanya elok mengisi sedikit masa untuk menulis sesuatu. Agar masa ini menjadi saksi di mana kita demi ummah dan menyampaikan. Apa khabar iman dan jasad. Moga-moga terus kuat dengan cubaan. Kali ini slot coretan rasa dan hati. Untukmu saudaraku sebenarnya permata dan mutiara islam.. warkah untuk saudara..


Kita sering lupa.

Setiap masa yang kita gunakan seharian berlalu dan terus berlalu.. mengharapkan di hati suatu rasa untuk menjejak di syurga Allah kelak. Namun, hidup kini, di mana manusia sibuk mencari kebahagiaan dalam hidup mereka tanpa mengira yang betul dan tidak, di mana manusia tidak lagi mampu membezakan antara perbuatan maksiat dan kebaikan, di mana manusia menganggap dunia ini syurga yang abadi untuk mereka, dan di mana hati mereka semakin jauh dari sang pencipta, di sinilah kita semakin alpa. Perintah Allah dipermainkan, tuntutan dalam kehidupan, pergaulan, aurat diperlekehkan dan tugas kepimpinan itu hanya dianggap memimpin kebahagian manusia di dunia tanpa melihat sama ada yang dipimpin itu menuju ke jalan neraka atau syurga. Di sini kita alpa dengan segala nikmat Allah kurniakan kita hanya kurang ajar pada pemberi, kita tidak pernah rasa syukur dengan nikmat itu malah pabila diuji sedikit terus hati menjadi lemah dan jauh dari sang Pemberi. Inilah kita. Insan yang sering alpa. Dunia ini memang zahirnya maju dan moden namun hakikat batinnya, imannya semakin rapuh dikikis oleh mereka yang cintakan dunia.

Inginkan syurga tapi hati alpa

Alangkah nikmat yang indah jika dimiliki. Impian hati setiap mereka yang hatinya pada kehidupan menuju akhirat. Nikmat yang tidak terungkap menanti hamba-hamba yang setia pada sang Pencipta. Jiwa muslim mana pabila ditanya, mahu neraka ke syurga. Pastinya jawapan syurga. Namun ungkapan inginkan syurga itu hanya dibibir. Di mana usaha hakiki dalam perjuangan merebutnya. Adakah layak dijemput ke syurga jika hati membeku dalam amalan, jika kehidupan dinodai oleh nafsu, jika sempadan kehidupan dengan bangga diredah, jika halal dan haram hanya sekadar pembelajaran dan bukan amalan dan jika islam itu pada nama dan bukan hati kuat untuk memperjuangkan. Lihatlah sahabat, sahabat-sahabat Nabi Muhammad yang dijanjikan syurga bagaimana mereka mengisi keperluan hati dan masanya demi islam. Mehnah perjuangan dan dakwah setiap saat diuji, malah nikmat kehidupan yang senang hanya sedikit dirasai dan nikmat perjuangan itulah yang ditagih. Islam ditegakkan biarpun dicemuh, difitnah dan dicedera kerana matlmat hati mereka bukan ingin nikmat dunia, namun nikmat hakiki di syurga. Duhai hati-hati permata islam dikasihi, bagaimana kita menganggap diri kita sebagai pejuang sedangkan hati kita masih alpa pada Allah, masih kabur dengan matlamat. Kukuhkanlah hatimu dengan ikhlas berjuang. Allah melihat amal baikmu dengan setiap perkara..

Masa kian menghimpit

Kita melihat jam di tangan. Rasanya baru semalam berada di tempat ini, tempat bermulanya satu cara yang baru tapi kini hampir penghujungnya. Masa berlalu pantas, tanpa disedari semakin hampir dengan saat kita dipersoalkan. Di mana sebenarnya islam dalam hidup kita. Islam itu bukan pada nama, namun Islam itu pada cara hidup. Sabda Rasulullah, “Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi selainnya”. Cara hidup yang sempurna dengan bimbingan jelas dari Quran dan Hadith. Perbuatan, Perlakuan, Percakapan, Perjuangan dan Pemakaian semuanya diajar secara jelas dan sememangnya kita faham segalanya bukan. Tapi sombongnya kita berapa banyak yang kita lakukan. Sejauh mana amalan islam dalam setiap gerak geri kita. Mungkin alpanya hati kita sehingga kita sendiri menjadi benteng keindahan islam. Hidup yang tidak teratur, malah perlakuan, perbuatan, pergaulan dan pemakaian dihimpit nilai mulia dan semakin diheret arus kemodenan barat sehingga mengabaikan hukum dalam agama sendiri. Ayuh, pejam mata, lihat kembali setiap yang kita lakukan dari minggu lepas atau pagi tadi sampai ke malam, berapa banyak kezaliman dan kesalahan kita lakukan, berapa banyak nikmat yang Allah kurnikan tapi kita dustakan. Itulah kita sahabat. Berubahlah sebelum masa dihimpit itu tiba untuk menjemput. Allah dekat dengan hambanya..
Professor Hamka pernah berkata, “Kita boleh menghitung usia yang kita telah gunakan, tapi kita tidak boleh menghitung berapa lagi usia kita yang tinggal”.



Jom berubah demi ummah

Tinta ini ditulis kerana rasa hati cintakan pada ummah dan para sahabat. Jika mampu ingin memegang tangan-tangan kalian untuk bersama-sama dengan langkah pertama di syurga.  Pesanan ini khusus pada diri yang masih banyak karat2 jahiliyah yang perlu dikikis dan kepada para sahabat yang dikasihi. Ana bukanlah orang yang baik cuma sekadar mungkin mampu kita muhasabah kehidupan kita balik. Kita katakan kita inginkan syurga, hidup kita berdasarkan islam dan Allah matlamat segalanya, namun ‘check’ balik  dimanakah semua itu pergi. Ana sayangkan perjuangan ini, perjuangan menegakkan yang benar di sebalik yang jelas salahnya biarpun mungkin nanti ana akan diherdik, dimaki dan sebagainya sebab itulah manisnya mehnah dalam perjuangan. Yang dikejar itu bukan di ‘sini’ tapi di ‘sana’. Dan yang menilainya bukan manusia tapi yang Maha Adil.. Cukuplah Allah sebagai penolongku..

Dari Abu Hurairah, firman Allah dalam hadith Qudsi, “Aku sesuai dengan dugaan hambaKu kepada Ku, Dan Aku bersama dugaannya ketika dia ingat kepadaKu, Jika dia ingat kepadaKu dalam hatinya dan jika dia ingat kepadaKu dalam lingkungan khalayak ramai, nescaya aku akan mengingatinya dalam lingkungan khayalak ramai yang lebih baik, Dan jika dia mendekatiKu sejengkal, Aku pun akan mendekatinya sehasta, dan jika dia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya sedepa, dan jika dia datang kepadaKu berjalan, maka nescaya Aku akan mendatanginya berlari.. “ ( Hadis Riwayat Syaikhani dan Tarmidzi.

"Ya Allah, kami memohon ampun kepadamu, kami sedar kami telah banyak berdosa padamu, ampunkanlah dosa kami, kesalahan kami, kelemahan kami, kezaliman kami, kedurhakaan kami, kehinaan kami dan kealpaan kami ya Allah. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus ya Allah, jalan yang Engkau redhai dalam kehidupan ini ya Allah, jalan perjuangan yang sepatutnya kami tegakkan ya Allah. Tetapkanlah hati-hati kami dalam berjuang di jalanMu ya Allah, kukuhkanlah jiwa-jiwa kami dalam istiqamah pejuangan yang panjang itu ya Allah. Sesungguhnya Engkaulah tuhan kami, islam agama kami, Nabi Muhammad Rasul kami dan jiwa kami hanya pada jalanMu. Hasbunallah wa ni’mal wakil.. Amin...."


Salam Ukhuwah, Selamat membaca.

2 comments:

  1. Salam. Jazakallah atas peringatan... Rindu ingin mendengar nasihatmu dik :)

    ReplyDelete
  2. wassalam... peringatan bersama.. :)... lama x dengar berita kak nad..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...