Salam ukhuwah sahabt dan para pembaca.. kesibukan minggu
exam nie rasanya elok mengisi sedikit masa untuk menulis sesuatu. Agar masa ini
menjadi saksi di mana kita demi ummah dan menyampaikan. Apa khabar iman dan
jasad. Moga-moga terus kuat dengan cubaan. Kali ini slot coretan rasa dan hati.
Untukmu saudaraku sebenarnya permata dan mutiara islam.. warkah untuk saudara..
Kita sering lupa.
Setiap masa yang kita gunakan seharian berlalu dan terus
berlalu.. mengharapkan di hati suatu rasa untuk menjejak di syurga Allah kelak.
Namun, hidup kini, di mana manusia sibuk mencari kebahagiaan dalam hidup mereka
tanpa mengira yang betul dan tidak, di mana manusia tidak lagi mampu membezakan
antara perbuatan maksiat dan kebaikan, di mana manusia menganggap dunia ini
syurga yang abadi untuk mereka, dan di mana hati mereka semakin jauh dari sang
pencipta, di sinilah kita semakin alpa. Perintah Allah dipermainkan, tuntutan
dalam kehidupan, pergaulan, aurat diperlekehkan dan tugas kepimpinan itu hanya
dianggap memimpin kebahagian manusia di dunia tanpa melihat sama ada yang
dipimpin itu menuju ke jalan neraka atau syurga. Di sini kita alpa dengan
segala nikmat Allah kurniakan kita hanya kurang ajar pada pemberi, kita tidak pernah
rasa syukur dengan nikmat itu malah pabila diuji sedikit terus hati menjadi
lemah dan jauh dari sang Pemberi. Inilah kita. Insan yang sering alpa. Dunia
ini memang zahirnya maju dan moden namun hakikat batinnya, imannya semakin
rapuh dikikis oleh mereka yang cintakan dunia.
Inginkan syurga tapi hati alpa
Alangkah nikmat yang indah jika dimiliki. Impian hati setiap
mereka yang hatinya pada kehidupan menuju akhirat. Nikmat yang tidak terungkap
menanti hamba-hamba yang setia pada sang Pencipta. Jiwa muslim mana pabila
ditanya, mahu neraka ke syurga. Pastinya jawapan syurga. Namun ungkapan
inginkan syurga itu hanya dibibir. Di mana usaha hakiki dalam perjuangan
merebutnya. Adakah layak dijemput ke syurga jika hati membeku dalam amalan,
jika kehidupan dinodai oleh nafsu, jika sempadan kehidupan dengan bangga
diredah, jika halal dan haram hanya sekadar pembelajaran dan bukan amalan dan
jika islam itu pada nama dan bukan hati kuat untuk memperjuangkan. Lihatlah
sahabat, sahabat-sahabat Nabi Muhammad yang dijanjikan syurga bagaimana mereka
mengisi keperluan hati dan masanya demi islam. Mehnah perjuangan dan dakwah
setiap saat diuji, malah nikmat kehidupan yang senang hanya sedikit dirasai dan
nikmat perjuangan itulah yang ditagih. Islam ditegakkan biarpun dicemuh,
difitnah dan dicedera kerana matlmat hati mereka bukan ingin nikmat dunia,
namun nikmat hakiki di syurga. Duhai hati-hati permata islam dikasihi,
bagaimana kita menganggap diri kita sebagai pejuang sedangkan hati kita masih
alpa pada Allah, masih kabur dengan matlamat. Kukuhkanlah hatimu dengan ikhlas
berjuang. Allah melihat amal baikmu dengan setiap perkara..
Masa kian menghimpit
Kita melihat jam di tangan. Rasanya baru semalam berada di
tempat ini, tempat bermulanya satu cara yang baru tapi kini hampir
penghujungnya. Masa berlalu pantas, tanpa disedari semakin hampir dengan saat
kita dipersoalkan. Di mana sebenarnya islam dalam hidup kita. Islam itu bukan
pada nama, namun Islam itu pada cara hidup. Sabda Rasulullah, “Islam itu tinggi
dan tiada yang lebih tinggi selainnya”. Cara hidup yang sempurna dengan
bimbingan jelas dari Quran dan Hadith. Perbuatan, Perlakuan, Percakapan,
Perjuangan dan Pemakaian semuanya diajar secara jelas dan sememangnya kita
faham segalanya bukan. Tapi sombongnya kita berapa banyak yang kita lakukan. Sejauh
mana amalan islam dalam setiap gerak geri kita. Mungkin alpanya hati kita
sehingga kita sendiri menjadi benteng keindahan islam. Hidup yang tidak
teratur, malah perlakuan, perbuatan, pergaulan dan pemakaian dihimpit nilai
mulia dan semakin diheret arus kemodenan barat sehingga mengabaikan hukum dalam
agama sendiri. Ayuh, pejam mata, lihat kembali setiap yang kita lakukan dari
minggu lepas atau pagi tadi sampai ke malam, berapa banyak kezaliman dan
kesalahan kita lakukan, berapa banyak nikmat yang Allah kurnikan tapi kita
dustakan. Itulah kita sahabat. Berubahlah sebelum masa dihimpit itu tiba untuk
menjemput. Allah dekat dengan hambanya..
Professor Hamka pernah berkata, “Kita boleh menghitung usia
yang kita telah gunakan, tapi kita tidak boleh menghitung berapa lagi usia kita
yang tinggal”.
Jom berubah demi ummah
Tinta ini ditulis kerana rasa hati cintakan pada ummah dan
para sahabat. Jika mampu ingin memegang tangan-tangan kalian untuk bersama-sama
dengan langkah pertama di syurga.
Pesanan ini khusus pada diri yang masih banyak karat2 jahiliyah yang
perlu dikikis dan kepada para sahabat yang dikasihi. Ana bukanlah orang yang
baik cuma sekadar mungkin mampu kita muhasabah kehidupan kita balik. Kita
katakan kita inginkan syurga, hidup kita berdasarkan islam dan Allah matlamat
segalanya, namun ‘check’ balik dimanakah
semua itu pergi. Ana sayangkan perjuangan ini, perjuangan menegakkan yang benar
di sebalik yang jelas salahnya biarpun mungkin nanti ana akan diherdik, dimaki
dan sebagainya sebab itulah manisnya mehnah dalam perjuangan. Yang dikejar itu
bukan di ‘sini’ tapi di ‘sana’. Dan yang menilainya bukan manusia tapi yang
Maha Adil.. Cukuplah Allah sebagai penolongku..
Dari Abu Hurairah, firman Allah dalam hadith Qudsi, “Aku sesuai dengan dugaan hambaKu kepada Ku, Dan Aku bersama dugaannya ketika dia ingat kepadaKu, Jika dia ingat kepadaKu dalam hatinya dan jika dia ingat kepadaKu dalam lingkungan khalayak ramai, nescaya aku akan mengingatinya dalam lingkungan khayalak ramai yang lebih baik, Dan jika dia mendekatiKu sejengkal, Aku pun akan mendekatinya sehasta, dan jika dia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya sedepa, dan jika dia datang kepadaKu berjalan, maka nescaya Aku akan mendatanginya berlari.. “ ( Hadis Riwayat Syaikhani dan Tarmidzi.
"Ya Allah, kami memohon ampun kepadamu, kami sedar kami telah
banyak berdosa padamu, ampunkanlah dosa kami, kesalahan kami, kelemahan kami,
kezaliman kami, kedurhakaan kami, kehinaan kami dan kealpaan kami ya Allah.
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus ya Allah, jalan yang Engkau redhai dalam
kehidupan ini ya Allah, jalan perjuangan yang sepatutnya kami tegakkan ya
Allah. Tetapkanlah hati-hati kami dalam berjuang di jalanMu ya Allah,
kukuhkanlah jiwa-jiwa kami dalam istiqamah pejuangan yang panjang itu ya Allah.
Sesungguhnya Engkaulah tuhan kami, islam agama kami, Nabi Muhammad Rasul kami
dan jiwa kami hanya pada jalanMu. Hasbunallah wa ni’mal wakil.. Amin...."
Salam Ukhuwah, Selamat membaca.
Salam. Jazakallah atas peringatan... Rindu ingin mendengar nasihatmu dik :)
ReplyDeletewassalam... peringatan bersama.. :)... lama x dengar berita kak nad..
ReplyDelete