Islamic Widget

pengikut peneroka

Friday, June 1, 2012

Keperluan vs keinginan : Travelog Kehidupan

Salam ukhuwah para sahabat sekalian. apa khabar  iman dan jasad. moga-moga sentiasa sihat dalam merebut taqwa paling tinggi dalam diri kita semua. Maaf lama menyepi blog nie, sebab sekarang musim exam final a-level sebelum insyaAllah akan menyambung degree kelak. doakan agar dipermudahkan urusan ana dan sahabat-sahabat ana. mencuri sedikit masa dalam kedinginan malam, rasa muhasabah kembali hadir pada diri dalam memperbaiki diri supaya lebih baik dari sebelum ini.. moga entri ini dapat manfaat bersama.. Antara Keperluan dan kehidupan.. rencana kehidupan yang dirancang Maha Pencipta..

'Down' bila hajat x capai.

Pasti banyak kali kita rasa sedih dan kecewa bukan. Inginkan dikongsi beberapa kisah untuk pedoman. Dulu, ana juga pernah rasa sangat 'down' tatkala impian ke mesir tidak kesampaian. Puas memujuk  diri tapi hakikatnya pada waktu itu memang sukar. tapi bila dilihat kembali hikmah disebaliknya cukup indah. Beberapa bulan selepas sahabat2 mesir berangkat ke mesir, berlakunya revolusi mesir yang boleh menggoncang nyawa seseorang. mungkin jika ana terpilih, bagaimanalah ana waktu itu dan mungkin ana sudah tiada lagi dapat kecapi nikmat hidup. Kemudian,  dicampakkan ke satu  kolej yang cukup hebat dengan dakwahnya. Medan ini menjadi saksi kita mengorak langkah dari satu tapak ke tapak yang lain mengenal lebih banyak realiti dan cara mengatasinya. Dan di sinilah ana dipertemukan dengan satu kumpulan yang jelas matlamat perjuangannya dan menyebabkan semakin yakin untuk bergerak kerana matlamat hidup makan jelas. kalu dahulu 'down' bila tidak dapat sesuatu tapi kini syukur yang amat sangat kerana hikmah itu sangat besar dari dijangka.. Subhanallah..

Kisah Salman Al-Farisi mencari kebenaran.

Urm, ana rasa cukup banyak ana menceritakan kisah ini dalam entri ana sebelum ini. namun, sekali lagi ingin dikongsikan kerana cukup banyak ibrah yang dapat diambil darinya. Semua tahu kan  kisah Salman Al-Farisi, seorang yang hidup senang asalnya, tapi kerana ingin berjumpa Nabi Muhammad S.A.W. beliau sanggup menjadi hamba dan hadapi sedikit rintangan sebelum menjumpai cahaya sebenar. Jika difikirkan, secara logiknya, senang bukan orang yang ada harta untuk membelanjakan sedikit hartanya demi berjumpa dengan seseorang. namun, Allah timbulkan pelbagai ujian, ditipu, dijadikan hamba, dipukul sebelum dapat berjumpa nabi. dan kesusahan dan rintangan yang beliau hadapi ini mungkin menjadi fakor cahaya islam itu nampak. Sekadar pandangan ana, pabila kita selongkari realiti hidup miskin, hamba yang tertekan dan gaya hidup rakyat kebiasaan, persepsi kita pada seorang pemimpin berbeza dengan mereka yang hidup senang. kerana pada mereka, kejujuran dan kebaikan itu lebih senang dinilai kerana pemimpin yang hebat tidak akan mensisihkan mereka. dan rintangan itu menyebabkan kukuhnya iman Salman Al-Farisi sehingga menjadi tonggak idea kepada peperangan Khandak.. Subhanallah..



Travelog kehidupan akan berakhir pada penghujung yang satu.

Duhai sahabat-sahabat. hidup ini akan berjumpa pada satu noktah yang sama. namun, untuk sampai ke noktah itu, pelbagai pandangan mengenai cara untuk sampai ke arah itu. Ada yang menganggap kekayaan mampu membawa ke sana, ada menganggap kerana inginkan pujian dan keselesaan sehinggakan syariat tidak apa untuk dilanggar dan ada juga menganggap jalan ke noktah itu masih panjang dan masih banyak masa untuk mereka berhibur dan sebagainya. masing-masing ada persepsi sehingga matlamat yang sepatutnya jelas menjadi kabur sebab diri sendiri. Matlamat kita sama. Dipertemukan di akhirat kelak, dibentangkan segala yang kita lakukan, perkataan, perbuatan, masa yang diisi, apa yang diusahakan, apa yang diperjuangkan, apa yang disokong, dan bagaiman iman  kita disalurkan. Matlamat kita sama dalam mencari redha Allah dan mendapat ganjaran syurga yang hakiki. dan disebabkan matlamat itulah, dalam keinginan kita bukan semua yang kita dapat. Allah kurniakan keperluan dan bukansemua kehendak kita perolehi kerana dengan keperluan itu, kita lebih kenali hidup kita, lebih jelas matlamat itu dan bimbingan itu lebih kuat. dengan keperluan  juga jika disalurkan dengan sebetulnya kehendak tercapai. cuma hanya kita yang sabarnya tiada, maka hikmah besar di sebalik itu tidak dapat dilihat.. itulah rencana kehidupan yang sangat cantik oleh Allah.. Allah merencana permintaan hambanya berdasarkan keperluan dan bukannya kehendak semata keran mengajak kita bertaqwa dengan berfikir apakah disebalik itu.. Subhanallah... Allah Maha Mengetahui...

"Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan ugama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang ia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji). Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah. Dan jika ia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya)."-al-an'am :70-

Hati yang tenang.

Maka para sahabat, janganlah rasa 'down', sedih, kecewa amat sangat apabila ditimpa sesuatu ujian. memang rasa terkilan itu fitrah tapi jangan menjadikan perkara itu menghalang usaha kita yang lain. mana mungkin kita merasakan perancangan kita hebat dan sempurna sedangkan kita hanya hamba padahal yang Maha Mengetahui merencana sesuatu yang terbaik baik dari setiap saat jatung kita berdegup sehingga ia berhenti. yang penting apa yang dilakukan itu bermatlamatkan sesuatu yang jelas demi islam.. Allahu Allah...

Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan.-al-maidah : 35-

Salam ukhuwah, doakan kami dipermudahkan urusan menjadi doktor yang soleh dan solehah kelak... Allahumma Yassir Wala Tuassir...

3 comments:

  1. assalamualaikum akhi
    rindu nak baca nukilan akhi yg menyentuh hati
    jangan kita rasa down kerana pada masa itu syaitan akan mula merajai diri.
    mulalah perasaan marah pada diri datang, marah kepada orang lain, hilang pertimbangan.
    sentiasalah ingat bahawa semuanya telah ditentukan oleh Allah SWT.
    dan itu yang terbaik buat kita.
    ana juga dulu ada rasa menyesal tidak memilih ke timur tengah, tetapi hikmah yang Allah beri, mashaAllah.
    ana dapat berjumpa dan bersahabat dengan orang2 yang sangat hebat.
    antaranya akhi sendiri :)
    rindu akhi affan..hehe

    ReplyDelete
  2. Baru nak komen, tengok komen syeikh anamuzakkar kat atas lebih kurang sama je.. banyak kali terasa camtu, tapi yakin, mesti ada hikmah di sebaliknya.. n sekarang, memang dah jelas hikmahnya.. so, skrg hanya tersenyum dan istiqamah, walaupon perlahan.. ^_^

    kurakurakecil1212.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. dimanapun posisi kita kini, kita punya tugas dan tanggungjawab yg diamanahkan.. :) semoga hari esok dan hari mendatang adalah lebih baik..

    p/s: sudi-sudikan jenguk kami di wilayah islam pimpinan Dr Ahmad Mursi ^_^

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...