Islamic Widget

pengikut peneroka

Sunday, November 11, 2012

Pengorbanan yang dibeli.


Megharungi samudera kehidupan,
Kita ibarat para pengembara,
Hidup ini adalah perjuangan,
Tiada masa untuk berpangku tangan,
Setiap it is peluh dan darah,
Tak akan hilang ditelan masa,
Segores luka di jalan Allah,
Kan menjadi saksi pengorbanan.
(Bingkai Kehidupan-Shoutul Harakah)

Bismillah..
Assalamualaikum wbt sahabat2 yang dikasihi sekalian, apa khabar iman dan jasad.. ketemu kembali pada ruangan ini semata dalam mencari redha Allah.. sama-sama diberi peringatan lebih-lebih lagi pada diri yang menulis agar terus ditarbiah hati ini ke arah jalan sebenarnya.. Alhamdulillah, syukur pada Allah dengan nikmat keseluruhannya diberi peluang untuk terus menulis.. kali ini, sebuah motivasi diri pada diri ini dan sahabat yang berkisarkan perjuangan yang dibeli..

Perjuangan.

Saat dilahirkan sehingga sekarang, cukup banyak hidup kita mengharungi perjuangan. Saat mula-mula untuk berjuang berjalan, berjuang untukmeninggalkan permainanan keran disuruh ke sekolah, perjuangan untuk belajar bersungguh, perjuangan untuk berjaya dalam akademik, perjuangan untuk berada di university, perjuangan untuk belajar sesuatu atau mungkin juga perjuangan untuk mendapatkan sesuatu. Semua ini perjuangan yang mungkin pernah kita lalui. Cuba kita bertanya pada diri, mengapa kita berjuang? Adakah semata-mata kita inginkan keseronokan kehidupan, mengikut sahabat lain buat kita pun ingin, atau untuk mendapat keuntungan berupa pangkat, ke’famous’an, atau ganjaran wang yang banyak. Adakah sekadar itu?. Adakah kita lupa satu lagi perjuangan yang sebenarnya menjadi fitrah dan tunjang dalam diri kit?a. Adakah perjuangan ini selalu kita sematkan dalam layar kita?. Iaitu pejuangan demi Islam, kerana Allah dan hanya mencari balasan akhirat yang jauh lebih baik dari dunia..


Redha Allah yang dicari

Inilah perjuangan yang perlu menjadi tunjang pada perjuangan yang lain. Kerana jika jelas matlamat perjuangan ini maka jelaslah perjuangan yang lain. Jika kita beriltizam untuk menjadi doctor, adakah sekadar doctor yang menikmati duit bulanan. Namun jika matlamat perjuangan demi islam dan kerana Allah ini jelas, maka hati akan tetap, “aku berjuang untuk menjadi doctor kerana ummah memerlukan aku, peluangnya untuk mendekati masyarakat dan menyemai benih tarbiah dalam diri mereka, aku ingin belajar ilmu kedoktoran kerana itu aku lebih rapat dengan kebesaran Allah, dan aku ingin berjuang dengan cemerlang dalam kedoktoran kerana aku ingin membuktikan umat islam hebat, berilmu dan aku tidak menjadi fitnah kepada agamaku sendiri dengan kelemahanku dan aku ingin mengembalikan intelektual islam menguasai dunia kembali kerana umat islam akan bangkit”.. Lihat bagaimana keteguhan matlamat seseorang yang berbeza pandangan perjuangan…

Allahu ghaayatunaa
Ar-Rasuulu qudwatunaa
Al-Qur'aanu dusturunaa
Al-Jihadu sabiiluna
Al-Mautu fii sabilillah
Asma amaanina

Allah adalah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Al Qur'an pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi


Di dalamnya bukan gula.

Namun sahabat, perjuangan ini bukannya senang dan manis jalannya. Jika akan diuji dan terus diuji untuk terus bersama dalam perjuangan ini. Saat kita ingin menyebarkan islam, tarbiah pada orang lain, pasti ada mereka yang cuba menghalangnya. Masa, keletihan, kesakitan merupakan perkara biasa dalam perjuangan ini. Sebab itu mereka yang hatinya kuat dan yakin pada janji Allah pandai mengubah semua itu dengan kenikmatan, kesenangan, kemanisan dan kebahagiaan. Kerana musuh utama manusia adalah syaitan. Pasti ada sahaja ruang-ruang untuk syaitan melemahkan mereka dalam arena perjuangan ini. Lihat sahaja bagaimana perjuangan Salman Al-Farisi dalam mencari kebenaran islam sehingga ditipu dan dijadikan hamba, Lihat sahaja Nabi Muhammad dihina, dicaci, dilempar najis oleh kamunya, Lihat sahaja bagaimna Imam Hassan Al-Banna, Syed Qutb dan ulama yang lain mengorbankan masa mereka, malah nyawa mereka semata-mata untuk terus bersama perjuangan islamiyah. Allahuakbar… Bagaimanakah diri Kita? Lena bersama bantal busuknya, diberi peluang untuk belajar tapi malas, diajak untuk mendengar majlis ilmu dan kalam Allah pun liat, malah berani sesetengah pihak mengutuk perjuangan mereka di jalan ini. Di manakah sumbangan anda pada perjuangan ini.. Ingatlah pada nikmat Allah yang dikurniakan itu akan menjadi satu persoalan yang besar di akhirat kelak..

Firman Allah, “Katakanlah, Dia-lah yang menciptakan kamu dan menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan, dan hati. Tetapi amat sedikit kamu bersyukur”. (Al-Mulk:23)

Di akhirnya syurga.

Firman Allah, "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta-benda mereka dengan (balasan), bahawa mereka akan beroleh syurga (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah didalam (kitab- kitab) Taurat dan Injil, serta Al Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jualbelinya itu dan (ketahuilah bahawa) jualbeli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar." (At-Taubah : 111)

Ayuh sahabat, jika kita sudah berada pada jalan ini, jangan pernah rasa lemah, jangan pernah rasa putus asa, jangan pernah rasa marah dan jangan pernah rasa kecewa. Janji Allah, jika benar hati kita ikhlas pada perjuangan ini, syurga itu menanti. Biarlah kita merasai kepenatan sekarang, kerana kita ingin berehat secukupnya di akhirat. Bersabarlah dengan iman dan taqwa. Sungguh.. Mujahadah dan Perjuangan itu pahit kerana syurga itu manis…
Salam ukhuwah.. (^_^)


p/s : Doakan penulis dan sahabat2 penulis di bumi manipal, India ini kerana minggu ini dan minggu depan minggu test dan exam. Doakan semuanya cemerlang… AllahuAkbar..

4 comments:

  1. semoga Allah permudahkan semuanya..All da best jwb test.

    ReplyDelete
  2. Allahuakhbar.

    Moga dipermudahkan Allah sahabat sahabat sekalian.

    ReplyDelete
  3. Selamat affan,
    moga dipermudahkan untuk kita.
    Perjuangan belum selesai!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...